Sunday, September 6, 2009

Saya Akan Kembali...Insayallah..

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tidak bersiaran di blog ini. Posting terkhir saya ialah pada 13 Ogos...lama benar kan? Apa boleh buat, banyak urusan rasmi dan tidak rasmi perlu dibereskan. Saya sudah jelaskan dalam posting terakhir saya dulu bahawa saya perlu bercuti panjang kerana sebab-sebab tertentu.

Kini, walaupun urusan rasmi sudah selesai, tapi urusan tidak rasmi masih belum selesai: talian streamyx di teratak baru saya belum dipulihkan oleh pihak TM. Sudah hampir 2 minggu berpindah rumah, tapi talian streamyx masih belum disambungkan...leceh betul...Saya menulis ini pun curi-curi tulis dengan menggunakan laptop isteri yang jarang berenggang darinya.

Dalam tempoh tidak menulis ini, banyak peristiwa besar berlaku. Tapi saya terpaksa cuma menjadi pemerhati, terpenjara dalam kesibukan dan kini terputus hubungan kerana tiada talian streamyx.

Saya akan kembali, itu pun jika ada peluang mencuri-curi menulis dengan menggunakan laptop isteri atau sehingga talian streamyx di teratak saya dipulihkan sepenuhnya oleh pihak TM.

Sehingga bertemu lagi, tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat meneruskan ibadat puasa kepada pengikut blog ini dan diharap anda dapat mengisinya dengan amalan yang mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Esa.

Saya akan kembali, Insayaallah.....

~ pendikar gunung kriang

6 comments:

Pak Oncu said...

hahahhah salam ramadan untuk saudaro,,,, PGK ni dah biasa curi curi ni,, minta tak dapt maka curi curi lah kan kan kan ??

Isa said...

Salam Pendekar,

Hang dah lama ka..? buat kheja curi..curi... ni, minta baik2kan elok... ha..ha..ha...

Apa pun selamat menjalani ibadah puasa, urusan peribadi dan keluarga wajib diutamakan. Berblog ini sekadar sampingan sahaja, tak lari gunung kriang jika di kejar.

Salam

pendikar gunung kriang said...

he....he...tulis ni pun masih curi-curi...ya lah curi-curi masa. Tak leh tulis betul-betul serius lagi, sibuk memanjang. Lagi satu lap top bini guna berok band marxis yg benar-benar melompat macam berok, kadang-kadang ada, kadang-kadang tarak; tapi banyak yang tarak dari ada, sakit hati dan fedup betoi.

Apa pun, terima kasih kerana masih bersama blog kenit nie....

toyu said...

salam tuan pgk.

lama sungguh norhh dok tunggu nih... agak agak, mengkala masa buleh pukui kaukau bersiaranblog nih... dok ketagih tunggu bahan pgk nihhh...

apapa pun diucapkan selamat menjalani ibadah puasa bersama keluarga yg tersyg dan juga moga sejahtera menjalani kehidupan yg serba 'baru'...

pendikar gunung kriang said...

Terima kasih kpd kalian semua kerana masih merindui saya. Tidak sangka, rupanya masih ada yang sayang (perasan le tu....)

Insyaalah, saya akan kembali bila segalanya sudah normal.

perfectwater75 said...

Salam!

Teruskan istiqamah menata perjuangan mencerlang kebenaran...

سلام عيدالفطر المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين

Semoga kita terus meneguhkan ukhuwah dengan TALI ALLAH...ALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMIN

thx!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.