Tuesday, October 27, 2009

Jangan Lupa: Esok 28 Haribulan!!

http://patek1472.files.wordpress.com/2009/05/dun-perak2.jpg
Esok macam nie lagi ke??

Esok 28 Oktober 2009. Esok sekurang-kurangnya ada 2 peristiwa penting yang ku nantikan:

i) Esok bakal berlangsung Mesyuarat DUN Perak. Esok sekali lagi akan bertembung 2 MB dan 2 Speaker. Esok akan adakah lagi yang kena usung keluar secara paksa? Atau esok lebih hebat lagi, lebih kacau lagi, lebih giler lagi?

ii) Esok bakal berlangsung Mesyuarat Khas Pas. Ada keputusan mengejut seperti yang berlaku kepada Datuk Asri di penghujung zamannya bersama Pas dulu ke? Atau ribut dalam cawan itu sekali lagi mengecewakan Umno kerana biduk berlalu kiambang bertaut?

Segalanya akan terjawab esok. Jangan lupa esok 28 haribulan!

~ pendikar gunung kriang

Sunday, October 25, 2009

Wah....Hebatnya Pas Di Mata Umno!!!

EGM, Muktamar Khas, Mesyuarat Khas! Itulah topik hangat media kita akhir-akhir ini. Bunyi berbeza, sebutan berbeza, tapi maksud hampir dua kali lima.

Yang hendak buat EGM, Muktamar Khas atau Mesyuarat Khas atau apa-apa lagi yang namanya macam-macam itu ialah Pas. Yang melucukan, tiba-tiba saja ramai kepimpinan tertinggi Umno berebut-rebut bercakap mengenai EGM, Muktamar Khas atau Mesyuarat Khas Pas itu. Dari Naib Presiden, Timbalan Presiden dan hari ini, Presiden Umno sendiri tidak berkecuali bercakap mengenai Pas. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, ribut dalam gelas pernah membadai kerabat Umno dalam BN. MCA, Gerakan, MIC, PPP dan entah apa-apa parti lagi termasuk di Sabah dan Sarawak pernah dilanda ribut. taufan dan puting beliung. Tapi biasanya Umno buat endah tak endah saja dengan ribut yang berlaku dengan kerabat-kerabatnya. Sampai MCA yang hampir pecah berderai itu, Umno cuma campur tangan di saat-saat akhir.

Peliknya bab Pas ini, belum pun EGM, Muktamar Khas atau Mesyuarat Khas berlangsung, pemimpin-pemimpin Umno tiba-tiba berebut-rebut hendak bercakap mengenai Pas. Wah, hebatnya Pas, bertuahnya Pas, tidak sangka begitu ramai pemimpin Umno yang begitu meminati Umno, hingga sakit demam Pas, batuk-batuk kecil Pas, merisaukan Umno; sedangkan jika kaum kerabat sendiri yang nazak, mereka buat-buat tidak tahu sampai dekat hendak mati baru cari ubat, itu pun macam hendak tak hendak saja.

Harap pemimpin-pemimpin Pas, tidak kiralah yang pakai serban, yang berjubah, yang berkot atau yang berkemeja tidak gundah gulana dengan pemimpin-pemimpin Umno yang tiba-tiba begitu hendak ambil berat mengenai Pas. Mereka patut rasa bersyukur kerana tidak sangka begitu ramai pemimpin Umno yang meminati Pas, ingin menjadi jurucakap Pas, hingga PM 1Malaysia itupun tumpang sekaki hendak jadi jurucakap Pas.

Kepada parti-parti kerabat BN, jangan cemburu kepada Umno yang bagitu tersentuh dengan batuk-batuk kecil Pas, tetapi kurang menghiraukan sakit dan sembelit mereka!!

~pendikar gunung kriang

Friday, October 23, 2009

Subsidi Petrol - Jangan Ada Politik Busuk!!!

Saya tidak dapat memberi tumpuan 100% terhadap ucapan bajet PM petang tadi. Ini kerana ketika itu 80% masa saya memegang stering dalam kenderaan. Mana mata nak beri tumpuan terhadap jalan, mana telinga nak mendengar suara Najib. Yang isteri pula asyik bertanya: eh, tahun ni tak ada bonus ke?

Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Najib kerana beberapa penambah baikan yang cuba dilakukannya menerusi bajet sulungnya itu. Ya lah, kalau benda baik, apa salahnya kata baik. Cuma yang boringnya ialah banyak sangat program 1Malaysia dalam bajetnya itu. Buat itu, buat ini, seperti yang diumumkannya, semuanya atas nama 1Malaysia. Alahai, macamlah kering idea sangat, sampai tak ada nama lain untuk program itu ininya itu.

Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam bajet Najib ialah kisah subsidi minyak, kerana maklumlah setiap hari kita menelan minyak berliter-liter. Kata Najib, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar.


Tak adil, katanya minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Oleh itu kerajaan akan memperkenalkan satu sistem subsidi bagi memastikan hanya kumpulan sasar yang berkelayakan saja menikmati subsidi minyak.


Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan mengguna pakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.Bagaimanapun cara bagaimana ia dilaksanakan, cara bagaimana untuk menentukan hanya kumpulan sasar yang berkelayakan saja menikamati subsidi ini tidak pula diterangkannya. Ini yang suspens nih!

Bukan apa, saya khuatir apa yang jadi dengan beberapa pemberian subsidi dan bantuan itu ini sebelum ini berulang dalam pemberian subsidi petrol yang bakal dilaksanakan itu. Seperti cerita baja subsidi, yang banyak dapat ialah penyokong parti cap dacing, penyokong parti cap-cap bukan dacing atau tak ada cap dinafikan hak mereka, walaupun menepati syarat. Begitu juga rumah PPRT, projek jalan kampung, bantuan niaga dan sebagainya, kumpulan sasaran cap dacing saja yang banyak mendapatnya. Malah mereka yang bukan dalam kumpulan sasaran, asalkan penyokong cap dacing tiba-tiba tersasar dan layak menerima segala kemudahan itu.

Harap-harap perkara itu tidak berulang dalam pemberian subsidi petrol ini. Biarlah 1Malaysia 1Subsidi - semua yang layak, berhak mendapatnya. Jangan ada elemen politik busuk dalam pemberian subsidi petrol !

~ pendikar gunung kriang

Ha..Ha..Ha..Terima Kasih Yang Arif Kerana Penjarakan Aku!!

http://www.indonesiaindonesia.com/imagehosting/images/43028/large/1_Orang_Gila.jpg

Pelik tapi benar. Seorang warga Nigeria telah ketawa besar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana memiliki kokain ketika dalam perjalanan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

Samuel Chuks, seorang penganggur telah ketawa besar sebaik sahaja mendengar penghakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin, hakim Mahkamah Tinggi di sini.

Lebih mengelirukan orang-ramai yang menyaksikan gelagat lelaki Nigeria itu ialah apabila dia pantas bangun lalu memeluk peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan mengangkatnya tinggi.

Samuel didakwa di bawah Section 21(6) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketika ditahan oleh pegawai keselamatan pada kira-kira jam 1.50 petang pada 25 Mei 2002 di KLIA, Samuel sedang menanti penerbangan transit ke Bangkok. Pihak polis telah menemui 573.8gm kokain bersamanya.

Dia sebelum itu tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda.

Hakim Mohd Zaki mengarahkan, hukuman ke atas Samuel berkuatkuasa pada tarikh dia mula ditahan.

Mohd Zaki menegaskan sukar untuk beliau mempercayai yang Samuel tidak tahu menahu yang stoking yang jatuh dari poketnya ketika diperiksa mengandungi dadah terlarang.

Lebih sukar untuk dipercayai kata Zaki ialah apabila Samuel sebaliknya mendakwa bahan yang disahkan sebagai dadah itu sebenarnya adalah serbuk emas.

(Sumber:Malaysiakini)

Tuah Ayam Nampak Dikaki, Tuahnya Di Air Asia....

llll

airasia

Bertuahnya dua beranak nie....Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah Liew dua beranak ni siapa tahu, rupanya tuahnya ada dalam Air Asia. Berita petikan selanjutnya berita dari AFP ini:

KUALA LUMPUR (AFP) – A baby boy who made a surprise arrival on board an AirAsia flight this week will be given free flights for life with the budget carrier, as will his mother, the airline said Friday.

AirAsia said 31-year-old passenger Liew Siaw Hsia went into labour on Wednesday's flight from the northern island of Penang to Kuching on Borneo island.

The aircraft made an emergency diversion to the Malaysian capital but the baby arrived just before landing, delivered by a doctor who was on board and who was assisted by the airline's flight attendants.

"The baby was safely delivered when flight AK 6506 was approaching Kuala Lumpur for landing at 2,000 feet," the airline said in a statement, adding that mother and baby were taken to a nearby hospital following touchdown.

"To celebrate this momentous occasion, we decided to present both mother and child with free flights for life," said AirAsia's director of operations Moses Devanayagam after visiting them in hospital.

Thursday, October 22, 2009

Kristian al-Islam Pun Ada?

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan antara Islam dan Kristian. Adakah ini adalah kristian gaya baru?


Al-Kisahnya,

Diwaktu saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas pergi menunaikan solat. Semuanya berkopiah/bersongkok dan dipimpin oleh seorang Imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Kristian ortodok merupakan sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun (MELAYU), Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama.Tengoklah saat mereka solat..

SUJUD MEREKA

RUKUK MEREKA


Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan juga sujud..

Yang membezakannya ialah, bila mana kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok ini lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.

Mereka menyebutnya
1. sa'atul awwal (fajar/shubuh),
2. sa'atuts tsalis(dhuha),
3. sa'atus sadis (dhuhur),
4. sa'atut tis'ah (ashar),
5. sa'atul ghurub (maghrib),
6. sa'atun naum (Isya'),
7. sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.


Gambar-gambar diatas ajaran kristian ortodok yang mungkin membuatkan anda keliru.... jadi berhati-hati lah kita agar tidak terpesong dengan ajaran kristian ortodok ini...

Hebah kan pada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai, ahli keluarga, rakan blog, pembaca kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita maklum.

Jangan jadikan ia sebagai entri berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi lihat dan selidikilah isinya juga... lihat keseluruhan.

Wallahualammmubissawab........

(Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/)

Peliknya... Tak Gigit Dihukum Kerana Menggigit!!



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

(
Sumber: Malaysiakini)

........................................................................................................

pendikar gunung kriang:

Sebelum beri komen harus saya akui, saya bukan arif di bidang undang-undang. Jadi, komen ini hanya sebagai orang biasa - layman - yang tidak lengkap ilmunya.

Sebagai orang biasa, saya melihat hukuman Mahkamah Majisteret Kuala Lumpur itu melucukan. Mengapa melucukan?

Pertama, Tian Chua dihukum 6 bulan penjara atas dakwaan menggigit anggota polis, tapi Majisteret yang arif itu berkata, tiada bukti Tian Chua menggigit anggota polis berkenaan! Sebaliknya hukuman itu dijatuhkan Majisteret kerana 'beliau percaya ia berlaku'. Satu lagi penghakiman berdasarkan dengar cakap (hear say)! Nasib baiklah yang membicarakan kes ini hakim junior, jika hakim senior seperti Augustin Paul, tentu awal-awal lagi dia sudah berkata, kes ini tak relevan!!

Kedua, majisteret yang menghakimi kes itu mengakui polis itu yang terlebih dahulu menumbuk Tian Chua. Memang anggota polis itu penjawat awam, tapi soalnya adakah penjawat awam dibenarkan menumbuk orang awam ketika bertugas? Jika penghakiman ini boleh dijadikan sebagai precedent dalam penghakiman mahkamah, alamak...habislah rakyat lepas ini! Misalnya jka ada guru yang menumbuk ibu bapa dan ibu bapa itu cuba mempertahankan dirinya, ibu bapa itu akan didapati bersalah. Begitu juga jika Perdana Menteri menumbuk dan meletupkan orang, orang yang diletupkan itu akan didapati bersalah! Teruknya jika ia dijadikan precedent!!

Ketiga, anggota polis yang 'digigit' bernama Roshaidi Anuar itu bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis. Mengapa anggota polis Bahagian Narkotik yang lazimnya bertugas menumpaskan aktiviti dadah itu ditugaskan menangkap seorang Ahli Parlimen yang bukannya penagih, pengedar, mahupun taukeh dadah? Mungkinkah badan Tian Chua yang macam papan sekeping itu kelihatan seperti penagih dadah ketika ditangkap?

Apapun, hukuman tersebut memang sesuatu yang berat untuk Tian Chua. Silap-silap hari bulan, ika rayuannya ditolak satu pilihanraya kecil bakal berlangsung di Parlimen Batu kerana Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen!

Gari & Tear Gas Sudah Ditempah Untuk Sidang DUN Perak?


Ramai yang sedang tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi di DUN Perak pada 28 Oktober ini. Ada yang berkata DUN Perak akan dibubarkan bagi membolehkan satu pilihanraya baru diadakan. Mereka menyatakan perkara ini berdasarkan keyakinan BN parti itu kembali pulih selepas menang dalam PRK Bagan Pinang tempohari. Ada yang berkata sebaliknya. Mereka tak yakin BN berani membunbarkan DUN hanya kerana satu kemenangan di dalam kubu kuat sendiri. Lainlah jika mereka menang di Permatang Pauh, tentu BN benar-benar yakin sokongan rakyat telah kembali kepadanya.


Tapi saya lebih tertarik dengan drama yang bakal dipentaskan dalam DUN Perak pada tanggal 28 Oktober itu. Maklumkan Dewan akan bermesyuarat di hadapan 2 orang Speaker dan dua orang MB, tentu suasana akan menjadi gamat. Jika dalam sidang lepas, Speaker DUN, Sivakumar diangkat keluar oleh petugas keselamatan, dalam sidang pada 28 Oktober ini siapa pula yang akan dingkat?

Mungkin petugas keselamatan sudah menyediakan alat pengusung bagi mengangkat mereka yang cuba 'mencetuskan kekacauan' pada hari itu. Mungkin juga gari yang mencukupi telah disediakan juga untuk dibawa ke sidang kali ini. Dan jangan lupa tear gas juga perlu juga dibawa supaya jika berlaku ketegangan semua yang hadir dalam sidang ini tidak kira jawatannya Speaker, MB, Exco, ADUN malah Sultan sama-sama merasai betapa nikmatnya mata terkena asap neraka itu.

Selamat bersidang, dunia sedang memerhatikan gelagat anda....

~ pendikar gunung kriang.

Tuesday, October 20, 2009

JJ & Chin Peng Di Las Vegas



Kerajaan disyor menawarkan taraf pemastautin tetap (PR) kepada lebih 200,000 warganegara Amerika Syarikat (AS) yang pernah menjadi rakyat negara ini bagi mewujudkan rangkaian ekonomi kukuh antara kedua-dua negara. Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (JJ), ketika membuat cadangan itu berkata kehadiran rakyat AS ke negara ini dapat menyuntik aliran masuk wang asing yang besar pada setiap tahun kerana jika seorang rakyat Amerika berbelanja USD10,000 di Malaysia, bermakna USD2 bilion (RM7.6 bilion) wang asing memasuki negara ini.


Saya tidak ingin komen mengenai kesan ekonomi kemasukan rakyat Amerika yang dicadang mendapat PR negara ini, kerana ia kerja pakar ekonomi menganalisisnya. Saya juga tidak mahu komen kesan sosial jika 200,000 rakyat Amerika masuk ke negara ini, kerana kita pun tahu bukan semua rakyat Amerika jahat, bukan semua suka sex bebas, bukan semua suka tepuk punggung orang. Biarlah soal itu diulas oleh pakar pengkaji sosial.

Cuma saya terfikir tentang beberapa orang seperti Chin Peng bekas pemimpin PKM yang kepingin sangat pulang ke Malaysia, tetapi tidak dibenarkan pemimpin kita. Sedangkan orang-orang dari Amerika ini yang bukan lagi rakyat Malaysia dan tidak teringin menjadi rakyat Malaysia, tetapi dipelawa sangat-sangat untuk pulang ke Malaysia. Agak janggal, orang tua yang cuma menunggu ajal hendak balik ke negara ini tidak dibenarkan; orang yang hatinya bukan lagi untuk Malaysia diminta balik, dirayu balik.

Memang betul ia salah ChinPeng. Dosa Chin Peng sangat besar, ketika sesetengah orang (tokoh-tokoh kemerdekaan negara) minum teh dengan Mat Salih di Kuala Lumpur dan London pada tahun 1950an, Chin Peng si-bodoh itu bersama rakan-rakannya termasuk beberapa orang Melayu berhaluan kiri masuk hutan memerangi penjajah. Ketika pejuang-pejuang kemerdekaan belajar di sekolah orang putih, berkawan dengan anak-anak Mat Salih dan melanjutkan pelajaran di negara orang putih, Chin Peng menjadi penderhaka dengan menyerang askar British dan estet Mat Salih. Siapa suruh dia memilih jalan yang salah sebegitu? Siapa suruh dia berjuang untuk memerdekakan rakyat dari cengkaman penjajah?

Yang tidak memilih jalan yang salah, yang sentiasa memilih jalan yang betul ialah 200,000 orang rakyat Amerika yang diajak balik oleh JJ pulang ke Malaysia itu. Mereka ini telah memilih jalan yang betul: keluar dari Malaysia yang tidak menjanjikan pulangan ekonomi yang baik dan berhijrah ke Amerika bagi mengejar kehidupan yang lebih lumayan. Mereka (200,000 rakyat Amerika ini) lebih bijak dari Chin Peng. Chin Peng hanya tahu bercakap mengenai Malaysia, Malaysia dan Malaysia (dulu dia memangggil Malaya, Malaya dan Malaya). 200,000 rakyat Amerika ini pula hanya bercakap mengenai Amerika, Amerika dan Amerika dan kerana itulah mereka tidak mahu lagi menjadi rakyat negera ini.

Chin Peng tentu tidak suka membaca berita ini. Tapi semuanya salah dia juga. Jika Chin Peng seorang taukeh judi yang kaya raya di Las Vegas, tentu kepulangannya ke Malaysia sangat dialu-alukan oleh JJ kerana ia dapat menjana ekonomi negara ini!

~ pendikar gunung kriang

Monday, October 19, 2009

Malunya Bila Orang Luar Kata Malaysia Lembab dan Menjengkelkan!




Selama ini ingat saya saja yang saban kali rasa tidak puas hati dengan capaian internet di negara ini yang perlahannya macam lenggok anak kura-kura. Tapi bila Mat Salih dari Australia yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin mengadu syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan internet yang tidak memuaskan di negara ini, baru saya tahu orang lain, malah orang luar negara juga punya pandangan yang sama.

Halpin seterusnya berkata seperti yang dilaporkan oleh Bernama bahawa dokumen teknikal yang amat besar didapati mengambil masa yang panjang untuk disampaikan ke negara ini akibat kelembapan internet di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini (kelembapan internet di Malaysia) menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

"Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang" katanya lagi.

Aduuh...malunya aku, bila orang luar menyatakan Malaysia seteruk itu: lembab, menjengkelkan dan setaraf dengan Indonesia dan Vietnam! Yang paling tidak menyeronokkan bila kenyataan Mat Salih itu dihamburkan dihadapan wakil-wakil majlis perniagaaan dan kedutaan asing! Mungkin esok berita Malaysia yang lembab dan menjengkelkan itu akan keluar dalam akhbar-akhbar negara-negara luar. Tapi apa nak buat itulah hakikatnya. Ketika Pak-Pak Menteri mendabik dada kepada rakyat jelata kitalah yang terhebat, orang luar melihat sebaliknya. Kita berada di era IT, kita ada cyberjaya, kita ada Mimos, kita ada agensi itu agensi ini yang jaga teknologi informasi, tapi internet kita masih ditahap lembab dan menjengkelkan!!!

Apa kabar Perdana Menteri 1Malaysia. Apa kabar Pak Menteri yang jaga komunikasi. Apa kabar Pak Menteri yang jaga perdagangan luar negara. Apa kabar Pak Menteri yang memberi penerangan memadam keraguan. Tak mau komen ka?

~ pendikar gunung kriang

Friday, October 16, 2009

Gagasan 1Melayu Pula? Uuuuueeek......

Saya memang sudah sampai ke peringkat hendak muntah dengan jenama 1 ni. Mula-mula Najib perkenalkan 1Malaysia. Lepas itu berduyun-duyunlah pengikutnya mengekori dengan macam-macam 1. Yang terbaru wakil Umno Perlis, Ahmad Bakri Ali, dalam perhimpunan parti mereka yang sedang berlangsung sekarang, mencadangkan penubuhan gagasan 1Melayu bagi memupuk kembali perpaduan orang Melayu yang berpecah berikutan keadaan politik semasa.

Nak tubuh 1Melayu? Macam mana nak wujudkan 1Melayu jika mereka asyik memecah belahkan rakyat saja? Siapa agen sebenar pemecah belah Melayu semua orang tahu. Siapa yang memecah belahkan satu kampung yang sudah ada satu JKKK dengan menubuhkan JKKP semua orang tahu. Siapa yang memecahbelahkan negeri di bawah PR dengan menubuhkan JPP semua orang tahu. Siapa yang memecah belah dan menganaktirikan kawasan parlimen yang dikuasai PR dengan membekukan peruntukan wakil rakyat, semua orang tahu. Siapa yang memaksa Kementerian-Kementerian Persekutuan menarik balik peruntukan yang diluluskan kepada negeri-negeri di bawah PR sebaik saja negeri-negeri itu dikuasai PR, semua orang tahu.

Jadi tak payahlah bercakap pasal 1Melayu atau apa-apa 1 lagi. Cukuplah dengan retorik 1Malaysia yang melucukan itu, rakyat sudah muak dengan idea karut marut 1 itu 1 ini itu! Ueeekkkk.....

~pendikar gunung kriang

Wednesday, October 14, 2009

Hantu Altantuya Merasuk Najib Di Paris?

http://2.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SeId9M851yI/AAAAAAAAI0g/6arCR6aCYjs/s400/Altantuya-with-Najib.jpg

Cerita di bawah saya petik dari blog jeebond
http://bloglistpolitik.blogspot.com/. Ia mengenai cerita di belakang tabir mengenai kunjungan PM Najib dan isterinya Rosmah ke Paris tempoh hari. Ia cerita yang tidak disiarkan dalam RTM dan Media Prima kerana jika cerita sebenar seperti ini didedahkan ia pasti memalukan PM yang dilaporkan berjaya dalam misi lawatannya itu. Jika hendak cerita penuh, kena buka blog jeebond. Cerita ringkasnya ialah:

- Ketibaan Najib ke Perancis cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, seperti lazimnya yang berlaku jika ia melibatkan pemimpin negara-negara luar lain. (Tidak rasa terhinakah Najib dilperlekehkan begitu?)

- Najib hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit.

- Najib hanya membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi anehnya sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan albumnya bakal dimainkan dalam syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

- Carla Bruni yang diminati Najib itu adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang cuma memiliki dua album bernama Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007).

- Bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat mengenai kematian anak perempuannya tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan. Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil.

Semuanya menjadi dingin gara-gara Altantuya. Hantu Altantuya seperti benar-benar merasuk Najib sepanjang dia berada di Paris.

Najib & Muhyiddin Dah Sedia Letak Jawatan?



Umno nak jadi seperti Parti Kongres (kiri) dan Kuomintang (tengah)?

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno dan BN akan bangkit semula dan mengulangi kegemilangannya sepertimana parti Kongres di India dan Parti Kuomintang di Taiwan yang pernah tewas tetapi bangkit semula dengan citra politik yang baru. Beliau dilapor berkata demikian ketika merasmi serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di ibu negara malam tadi.

Elok juga jika Umno dan BN berhasrat hendak jadi seperti Parti Kongres India dan Parti Kuomintang Taiwan. Di India Parti Kongres yang pernah tewas di peringkat federal kepada Parti Janata akhirnya mampu bangkit semula selepas perubahan total dilakukan dalam kepimpinan dan dasar parti itu. Tapi untuk bangkit semula pengorbanan besar telah dilakukan oleh tokoh-tokoh besar kedua-dua parti itu. Pemimpin-pemimpin order lama yang pernah menjadi ikon parti disingkirkan dan diganti dengan muka baru . Antara muka baru yang dipilih termasuk Sonia Ghandi yang berdarah 100% Itali dan tidak pernah terbabit dengan politik itu. Begitu juga dasar baru parti digubal bagi mengelakkan rakyat mengingati wajah hodoh Kongres yang sebelum itu dikenali sebagai parti yang penuh dengan elemen korup dan kronisme. Keadaan yang sama berlaku kepada Parti Kuomimtang di Taiwan di mana pemimpin-pemimpin baru di pilih bersama dasar baru yang menepati cita rasa rakyat.

Tapi mampukah Umno berubah seperti Parti Kongres dan Kuomintang baru? Untuk jadi seperti Parti Kongres dan Kuomintang baru, Umno dan BN perlu perubahan total. Saki baki order lama Umno yang tubuh mereka sarat dinodai pelbagai skandal seperti Najib, Muhyiddin, Khairy dan lain-lain perlu disingkirkan. Dasar lama termasuk mementingkan kaum keluarga, gaya hidup ultra-mewah, perkauman melampau dan sebagainya juga perlu diubah. Mungkin juga nama 'Malay' dalam Umno juga perlu diubah kepada 'Malaysia' supaya Umno tidak lagi kelihatan sebagai parti perkauman.

Tapi mampukah Umno berubah secara begitu drastik seperti yang telah ditunjukkan oleh Parti Kongres dan Kuomintang sebagaimana yang dihasratkan oleh Muhyiddin itu? Mahukah Najib, Muhyiddin dan order lama Umno berundur seperti kesediaan pemimpin-pemimpin utama Kongres dan Kuomintang? Atau seperti lazimnya kepada tokoh yang sayangkan kuasa, mereka masih tidak bersedia untuk turun takhta? Pemilihan Isa sebagai calon di Bagan Pinang dan seterusnya memenangi kerusi kawasan itu seperti membuktikan Umno tidak mampu dan tidak layak berubah! Mungkin Umno boleh menang di Bagan Pinang, mungkin Umno boleh bangkit sekali di Bagan Pinang, tapi ia tidak menjanjikan Umno akan bangkit secara total seperti bangkitnya Kongres dan Kuomintang di India dan Taiwan!

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, October 13, 2009

Azeez Gedebab Apa Habaq?

[n_p22datukazeez.jpg]

Tiba-tiba rindunya saya dengan Ketua Putra Umno yang badannya gedebab, tapi sekali kena peluk sudah lebam badannya yang bernama Azeez tu. Lepas penamaan calon dia dilaporkan masuk hospital dan kini kabar beritanya entah di mana. Siapa yang tau di mana Azeez? Masih di hospital lagikah dia? Atau dia sudah keluar hospital dengan kesan-kesan lebam yang masih tak hilang kerana kulitnya memang lebam dari rambut hingga ke kaki sejak dilahirkan?

Apapun, saya sangat rindu untuk tahu berita mengenai Azeez. Saya juga ingin tahu perkembangan siasatan polis terhadap kes lebam Azeez. Suspeknya sudah ditahankah? Tak kan pula lepas hampir 2 minggu polis kita yang terkenal cekap dalam kes-kes pelik itu masih tak dapat selesaikan kes sekecil itu?

Tak kan pula polis dah tutup kes pula, kot? Tak kan pula selepas disiasat dan mendapati ia cuma cerita rekaan, polis pun tutup fail? Tak kan pula lepas Isa menang besar, cerita putra Umno badan besar itu tidak lagi jadi kes besar? Tak kan pula, kan?

~ pendikar gunung kriang

Monday, October 12, 2009

Awat RTM dan Media Prima Macam Beruk Dapat Bunga?

http://headsteadi.com/wp-content/uploads/2008/07/dsc_7452.jpg

Nak tergelak dan termuntah....biar kerusi aje tonton berita TV!!!

Nak tergelak pun ada, nak muntah pun ada. Begitulah yang saya rasa menonton siaran berita TV sejak malam tadi hingga malam ini. Saya boleh terima jika berita kemenangan tokoh perasuah bernama Isa itu disiarkan berulang kali semalaman malam tadi dalam semua saluran TV, tidak kira RTM atau Media Prima. Maklumlah sudah 9 kali pilihanraya kecil, semuanya kalah kecuali di Batang Ai menang sekali, maka kemenangan kali ini pasti sangat dinanti-nantikan oleh BN. Oleh itu bila semua siaran berita TV memberi fokus kepada kemenangan itu pada malam tadi, ia boleh diterima. Ia seperti cerita musafir yang dahaga di tengah padang pasir yang sudah menjumpai 9 telaga, hanya telaga kesembilan di Negeri Sembilan baru mereka menjumpai air yang jernih, jadi seronoknya tentu bukan main lagi!

Walaupun kalah 7-2, tapi BN merayakan kemasukan gol kedua ke pintu gawang lawan itu seperti mereka menang besar, walaupun sebenarnya masih tewas dengan agregat 7-2. Yang jadi nak tergelak dan nak termuntah ialah episod cerita menang itu diulang-ulang setiap kali siaran berita. Siaran berita malam ini jam 8 malam pun masih bercerita tentang kemenangan itu. Apabila PR menang 7 kali pilihanraya kecil dulu, sudahlah keputusannya lewat disiarkan, berita mengenainya hanya dimasukkan dalam satu segmen ringkas yang sungguh ringkas. Tapi bila BN menang, ada siaran langsung dari Pusat Penjumlahan Undi pula lagi (TV1) dan sampai 2 hari 2 malam masih diulang berita yang sama!

Jadi macam mana tak tergelak dan tak termuntah bila siaran berita TV dok ulas yang itu-itu juga? Betul-betul TV kita sudah jadi macam kisah beruk dapat bunga, dua hari bunga itu dilambung dan dicium-ciumnya, sungguh mengharukan!

Harap-harap esok siaran berita TV kita bawa cerita lain ler pula. Jangan lagi jadi macam beruk dapat bunga, kerana hari ketiga bunga itu telah menjadi semakin kusam dan masam!

~ pendikar gunung kriang

Lepas Ini Kita Pilih Ketua Gangster, Perompak, Penagih Dadah dan Pelacur Sebagai Wakil Rakyat!


Wakil rakyat baru bagi DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata kemenangan BN dengan majoriti lebih 5,000 undi sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui selepas kemenangnnya itu.

Saya setuju dengan kenyataan Isa bahawa kemenangan itu adalah GAMBARAN KEPERCAYAAN RAKYAT KAWASAN TERSEBUT (Bagan Pinang)) TERHADAP BELIAU( Isa) DAN PARTI (BN). Gambaran yang ada kepada rakyat umum ialah Isa tokoh perasuah dan BN parti pencinta rasuah yang perlu dijauhi. Tapi itu gambaran umum rakyat Malaysia. Kadang-kadang gambaran umum tidak sama dengan gambaran yang bersifat lokaliti komuniti tertentu. Sebab itu apabila rakyat Malaysia umumnya menolak rasuah, ia tidak bermakna semua orang memandang jijik kepada rasuah. Perkara itu (membenci rasuah) mungkin dirasai oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi ia tidak boleh dipaksakan kepada semua orang, termasuk masyarakat Bagan Pinang.

Nampaknya kemenangan besar Isa adalah satu percubaan BN untuk meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa perasuah tidak perlu digeruni dan integriti tidak perlu disanjungi. Kepercayaan bahawa kita perlu menyisihkan pemimpin rasuah mungkin hanya sesuai dijadikan pegangan masyarakat maju di negara-negara Barat, Jepun dan Korea. Tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa negara ini belum mencapai tahap negara maju dan oleh itu rasuah tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang menjijikkan. Oleh itu selepas ini kita perlu belajar untuk masih menerima dengan hati terbuka perasuah sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat, sebagai menteri.

BN parti yang dicemari rasuah itu telah mengajar rakyat sejak berdekad-dekad dahulu untuk menerima perasuah sebagai pemimpin dan rakyat Bagan Pinang telah membuktikan mereka boleh menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan pemimpin-pemimpin yang ada salah laku moral yang cukup jijik pula sebagai calon dan mungkin rakyat boleh menerimanya. Perkara ini (meletakkan calon jijik yang tidak bermoral) sebagai pemimpin) bukan perkara asing di negara luar dan ia boleh dicuba BN di Malaysia selepas ini. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan kepala gangster, ketua perompak, ketua sindiket judi, pelacur, ketua ajaran sesat dan penagih dadah tegar sebagai calon mereka dalam sesuatu pilihanraya. Rakyat yang telah biasa menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka tentu berfikir, jika perasuah boleh diterima sebagai wakil rakyat, mengapa mereka tidak boleh menerima kepala gangster, perompak,pelacur dan penagih dadah sebagai wakil rakyat selepas ini?

Mungkin lepas ini jika ada lagi kekosongan wakil rakyat, BN boleh mencuba meletakkan kepala gangster, ketua perompak, pelacur dan penagih dadah sebagai calon mereka. Siapa tahu masyarakat Malaysia yang semakin mundur dan telah semakin sebati dengan budaya tidak bermoral itu boleh menerimanya? BN boleh mencubanya, kerana BN boleh!!!

~ pendikar gunung kriang

Sunday, October 11, 2009

Kemenagan Isa Perlu Disembunyikan Dari Pengetahuan Masyarakat Dunia!!


Seperti yang dijangka ramai, tokoh perasuah bernama Isa itu menang di Bagan Pinang. Apa pun orang nak kata, katalah, tapi Isa telah ditabal majoriti pengundi menjadi wakil rakyat mereka. Tidak kiralah apa yang ada dalam minda pengundi ketika tangan emas mereka memegang pensil, tetapi mereka telah membuat keputusan. Tidak kiralah sama ada keputusan pengundi itu bijak atau tolol, tapi itulah keputusan mereka. Semua pihak patut menghormati keputusan itu kerana itu adalah keputusan majoriti komuniti kawasan itu. Seperti juga jika pilihanraya diadakan di kalangan komuniti banduan dan mereka memilih ketua Geng Mamak sebagai ketua mereka, semua pihak harus menerima keputusan banduan yang memilih yang terburuk di antara mereka sebagai ketua. Kerana, apa pun proses demokrasi wajar dihormati, biar siapapun yang terpilih tidak kiralah sama ada dia ketua perasuah, ketua penjenayah atau ketua kerajaan langit ala-Ayah Pin.

Cuma diharap kemenangan Isa itu tidak disalah tafsir oleh masyarakat luar negara khususnya pelabur asing sebagai manifestasi penerimaan masyarakat Malaysia terhadap budaya rasuah. Negara sedang berada di antara tangga tercorot dalam indeks persepsi rasuah dan diharap keputusan di Bagan Pinang ini tidak mempengaruhi kedudukan indeks tersebut kelak. Harap negara luar melihat keputusan di Bagan Pinang ini sebagai kes terpencil kerana ia tidak mewakili majoriti masyarakat cerdik Malaysia yang akan tetap menolak rasuah dan penyalah gunaan kuasa dalam kehidupann mereka.

Tapi lebihlah elok rasanya jika keputusan pilihanraya di Bagan Pinang ini tidak diketahui oleh masyarakat luar negara, khususnya pelabur asing. Mungkin media kita boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan keputusan rakyat yang memalukan ini diketahui dunia bagi mengelakkan Malaysia diketawakan!!

~ pendikar gunung kriang

Umno Parti Pengganas No 1 Asia?

Melihat beberapa insiden keganasan dalam PRK Bagan Pinang, saya naik senak perut. Betapa tidak, insiden pukul memukul tak habis-habis dari mula hari penamaan calon hingga tengahari tadi. Mula-mula Azeez Black kata dia dipukul. Bila disiasat, rupa-rupanya tak ada bukti dia dipukul. Ditepuk adalah.Tapi dah dasar badan besar, penuh lemak dan lembik sana lembik sini, kena tepuk pun didakwa kena pukul.

Lepas itu giliran petugas Pas kena pukul. Ini bukan seperti drama tak jadi Azeez Black, kerana kes ini disokong bukti dengan gambarnya sekali. Kemudian malam tadi juga ada kes pukul memukul. Tak cukup dengan orang yang kena pukul, kereta Toyota Camry milik Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik pula diconteng dengan semburan cat putih pada pintu hadapan sebelah kiri oleh mafia Umno. Dan kisah ketegangan kedua-dua pihak berterusan lagi hari ini apabila budak-budak Umno cuba buat provokasi untuk mencetuskan kemarahan penyokong PR.

Alahai....senak perut saya bila tengok bab-bab keganasan ni. Teringat semasa kempen pilihanraya Indera Kayangan dulu apabila saya menyaksikan dengan mata kepala sendiri betapa samsengnya perangai penyokong-penyokong Umno yang memukul dengan kayu kepala seorang petugas PKR (ketika itu KeAdilan) hingga darah merah membasahi bajunya. Di sudut lain pula ada yang mencapai kayu memecahkan kereta-kereta persendirian yang disyaki penyokong KeAdilan dan Pas. Aduhai....kini rentetan kisah betapa gedebenya samseng-samseng itu berulang lagi di Bagan Pinang.

Ketika ada akhbar arus perdana melabelkan Nordin Mat Top sebagai 'pengganas nombor 1 Asia', ada rakan berkata tuduhan itu sangat tidak tepat. Tapi jika Umno digelar parti pengganas nombor 1 Asia kata kawan itu ia memang boleh diterima akal. Kini apabila melihat keganasan di Bagan Pinang baru saya sedar apa yang rakan tersebut pernah katakan lebih 2 minggu dulu itu memang tepat!

Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya. Bukan saja yang jantannya ganas, yang betinanya pun apa kurangnya, hingga polis pun naik pening dengan perangai mafia-mafia Umno itu! Malah dalam satu kejadian,
pemuda yang dipercayai penyokong ekstrem Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bergelutan dengan Polis di Unit Peti Undi (UPU) Sekolah Menengan Telok Kemang, Batu 8; sekitar jam 1.15 tengahari tadi.

Aduhai Umno, samsengnya hanpa!!
.





















Image


















~ pendikar gunung kriang

Bagan Pinang: 50:50, 51:49, 49:51, 44:56....

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/images/stories/logomix/bagan-pinang-signpost.jpg

Siapa bakal muncul sebagai pemenang malam ini di Bagan Pinang? Ramai yang membuat anlisis, culaan dan tinjauan melalui laman web, SMS dan kajian rambang. Hasilnya pelbagai. Ada yang kata peluang 50:50 untuk BN dan Pas, ada pula kata 49 BN 51 Pas, ada kata 51 BN 49 Pas, ada kata 44 BN 56 Pas, ada kata.....alahai macam-macam keputusan yang berbeza.


Yang seronoknya tinjauan yang dibuat bukan 100% membabitkan pengundi yang layak mengundi di Bagan Pinang. Tinjauan yang dibuat oleh mStar dan Malaysian Insider yang menyebelahi Pas misalnya terbuka untuk semua pembaca akhbar internet itu, termasuk warga Bangla, Indonesia, Mesir, Nigeria atau Venuezela. Culaan yang dibuat oleh beberapa parti politik dan penganalisis politik juga diragui ketepatannya. Hanya pengundi yang berdaftar dan keluar mengundi saja akan menentukan siapa sebenarnya yang mereka pilih. Kiraan jumlah undi pada petang ini tidak berdasarkan undian dalam akhbar internet dan laman web mahupun SMS, tetapi berdasakan apa yang telah ditanda pengundi dalam kertas undi yang dikeluarkan oleh SPR.

Apapun, kedua-dua parti telah berusaha untuk menjadi pemenang pada malam ini., termasuk ke peringkat sanggup tetak badan orang lain. Jika Pas menang dengan majoriti paling tipis sekalipun, ia adalah bonus untuk PR yang tidak pernah bermimpi menang di situ. Jika Pas tewas dengan majoriti di bawah 1,000 undi juga ia sudah dikira baik untuk satu pilihanraya kecil dalam kubu BN.

~ pendikar gunung kriang

Kepada 75% Pengundi: Undilah Isa!!!


Pasti ramai pengundi Bagan Pinang sudah keluar mengundi. Hingga jam 10 pagi tadi, 24% sudah menunaikan tanggung jawab mereka.


Kepada 75% pengundi yang belum keluar mngundi, keluarlah mengundi cepat kerana petang ini mungkin hujan lebat akan melanda. Kepada yang belum mengundi, jangan lupa untuk mengundi Isa, lambang ahli politik rasuah Malaysia. Dengan mengundi Isa, pengundi Bagan Pinang dapat buktikan kepada warga dunia dan rakyat Malaysia betapa tololnya anda dalam memilih pemimpin.

Selamat mengundi. Jangan lupa pangkah BN yang diwakili tokoh rasuah itu. Ini peluang tebaik untuk pengundi buktikan ketololan mereka untuk diketawakan oleh generasi akan datang.

~ pendikar gunung kriang

Friday, October 9, 2009

Bayar RM65,000, Aku Memang Nampak Azeez Dipukul!!

Sudah ramai barangkali yang tonton klip video mengenai Azeez, Ketua Putra MIC, eh...eh...sori, Ketua Putra Umno, pada hari penamaan calon tempoh hari di You Tube. Ramai orang yang menonton video di You Tube itu kata depa tak nampak pun Azeez dipukul dalam video tu. Heran sungguh, pasai apa tak sorang pun yang nampak Azeez dipukul, sedang dia mengaku benar-benar dipukul? Tak kan pula Azeez upah tukang pukul belasahnya sebelum ke pusat penamaan calon kot?

Jika tak ada orang nampak Azeez dipukul, aku kata aku nampak Azeez dipukul?! Aku nampak!! Jadi berapa hanpa nak bayar aku bila aku kata aku nampak Azeez dipukul? RM6,500 tak mainlah, kalau RM65,000 okey la juga!

Aku memang benar-benar nampak Azeez dipukul pada hari tu. Azeez dipukul oleh bininya kerana konon-kononnya ada masalah dalam kelambu pada malamnya. Sebab itu pukulannya tak nampak lebam, tak mematahkan tengkok besarnya, maklumlah pukulan dari bini tercinta.

Jadi jangan kata tak percaya Azeez dipukul lagi! Jangan dok tengok video itu lagi, 10 kali tengok pun tak nampak tengkok besar dan berlipat Azeez tu dipukul. Azeez memang benar-benar dipukul bininya...pukulan manja....

~ pendikar gunung kriang

Thursday, October 8, 2009

Azeez Kritikal dan Nazak?

Datuk Azeez yang dibelasah teruk oleh penyokong Pas dengar khabarnya semakin teruk. Beliau yang masih dalam keadaan trauma kini sudah hampir 97.65% hilang ingatan. Menurut seorang jururawat yang bertugas, Azeez sering meracau dan bercakap sendirian dan seringkali berteriak dan berkata, "aku mahu makan babi, aku mahu babi... aku babi..ha..ha..ha..ha... babi.ho..ho..ho..ho.....aku babi...Isa Babi semuanya Babi... ha. .hee..hee..haaaaa.. cak?"

Seorang pesakit tua turut bersimpati terhadap apa yang menimpa Aziz yang sepatutnya akan berlakun tidak lama lagi di bawah arahan Yusuf Haslam menceritakan, "ada satu ketika Azeez berjalan-jalan sekitar wad kecemasan tanpa seurat benang pakiaan". saya mencelah fan bertanya,"berbogel ke?"

"Tanya sikit lagi, hitam gelap macam tu nampak apa-apa ke?" saya menambah.

Menurut pesakit itu lagi, “Huh,,apa yang menghairankan ialah barang dan telur Azeez tak nampak macam ada.” Ujarnya lagi sambil beredar ke wad biasa.

"hello, hello,......helloooooo....... maksud you, itu barang tak ada ke?" tanya saya lagi.

"Yalah..tak ada telur punya" terus pesakit itu pergi kerana malu tentang soalan saya samada Azeez ada kemaluan atau tidak.. pondan rupanya putera Umno.

Menurut pakar jiwa hospital berkenaan, Azeez akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih sekitar tahun 2020 kerana trauma dan hentakan yang kuat dilakukan oleh penyokong Pas. Pakar sakit jiwa itu menasihatkan supaya parti-parti yang bertanding disarankan supaya mencontohi UMNO yang berkempen dengan cara bersopan tanpa menggunakan senjata tajam yang boleh melukakan pihak lawan.

Malahan pihak pemuda UMNO juga mengadakan beberapa lawatan silatulrahim ke Markas Pas untuk mengeratkan silatulrahim sesama sambil meninggalkan buah tangan yang tak ternilai makna kepada pengundi (lihat gambar kepala berdarah di atas ). Penyokong Pas kalau reti bahasa, orang dan berbudi....

(Sumber: sinar harian)

Mafia Umno Mula Memandi Darah Di Bagan Pinang

Saya tertarik dengan berita dalam HarakahDaily sebentar tadi mengenai lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk mereka di Bagan Pinang. Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan lelaki terbabit dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk ada juga yang bertindak seperti mafia menyerang dan mencederakan petugas Pas dengan menggunakan parang seperti yang dirakamkan dalam gambar-gambar di bawah:

Image
























Bila Azeez Putra Umno dipeluk (dibaca oleh orang Umno sebagai 'ditumbuk') tanpa sedikit pun calar ditubuhnya, berita itu disensasikan oleh media BN seolah-olah satu keganasan besar telah dilakukan kepada mat gedebab itu. Kini apabila ada petugas Pas diperlakukan sedemikian rupa oleh pengganas Umno, adakah berita 'mandi darah' ini akan dipaparkan dalam media BN?

Image

Wednesday, October 7, 2009

Eh...Eh...Roslan Kassim Ke Tu?



Depa kata yang sedang berceramah itu namanya Roslan Kassim. Sapa Roslan Kassim tu, bro? Tak kan pula Roslan Kassim yang pernah jadi orang kuat PKR lebih sepuluh tahun dulu, tu? Bukan...bukan Roslan Kassim tu leer. Walaupun nama sama, iras rupa pun sama, tapi saya tak caya ini Roslan Kassim yang pernah jadi orang kuat Anwar tu.

Roslan Kassim yang pernah jadi orang kuat PKR itu, pidatonya berapi, tidak heran jika ia menarik ribuan khalayak mengikutinya, kebanyakannya golongan muda dan dewasa. Kalau ada kanak-kanak mengikuti ceramahnya kerana mengekori ibu bapa.

Tapi Roslan Kassim yang sorang ni, ceramahnya khusus untuk kanak-kanak. Kanak-kanak tu pula ada ler 20 orang, ramai tu.... Tak tau ler apa isi ceramahnya. Mungkin juga kisah kancil dan buaya, atau kisah puteri gunung ledang atau kisah Singapura dilanggar todak?

Apa-apa sajalah kau nak cerita dengan kanak-kanak tu, Roslan....Isa Samad tokoh politik yang telah luput tarikh. Roslan Kassim ni pun dah luput tarikh juga. Dia cuma laku untuk khalayak budak-budak saja.Jauh api dengan panggang berbanding Roslan Kassim yang sorang lagi tu.


~pendikar gunung kriang

Tuesday, October 6, 2009

Rupanya Muhyidin TPM Buta Huruf!!

Tengahari tadi ketika menonton berita TV, tiba-tiba pancaindera saya tertangkap kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berkempen di Bagan Pinang. Dalam berita TV itu, beliau antara lain menasihatkan pengundi Bagan Pinang supaya jangan memilih Pas, kerana takut negeri itu menjadi seperti Kelantan yang katanya merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Ngoknya TPM aku nie, detik hati saya ketika itu. Dia ni tak pernah baca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, JPM ke? Dia tak pernah baca laporan ekonomi dalam buku Rancangan Malaysia Kesembilan ke?

Jika Muhyiddin pernah baca laporan-laporan berkenaan, tentu dia tahu, Kelantan bukannya negeri termiskin di Malaysia. Negeri termiskin di Malaysia dengan kadar kemiskinan 23% ialah Sabah. Kadar kemiskinan di Kelantan tidak sampai separuh dari kemiskinan Sabah. Di Kelantan kadar kemiskinan cuma 10.6%. Memang 10.6% itu tinggi, tapi Sabah lagilah tinggi. Terengganu juga lebih tinggi kadar kemiskinannya dari Kelantan. Kadar kemiskinan Terengganu ialah 15.4%. Negeri yang mempunyai kadar kemiskinan terendah ialah Pulau Pinang dengan kadar kemiskinan cuma 0.3%.

Kesian sungguh pengundi Bagan Pinang yang mendengar Muhyiddin menjual ubat palsu itu. Kesian sungguh seorang TPM bernama Muhyiddin yang miskin maklumat itu. Mungkin Muhyiddin ni jenis manusia yang malas baca buku dan laporan hingga laporan yang dikeluarkan oleh jabatannya sendiri - JPM (Jabatan Perdana Menteri) - dia tidak baca! Atau dia TPM buta huruf? Kesian...kesian.....

~ pendikar gunung kriang

Harap Berita Ini Tak Benar!!

http://www.surfersvillage.com/gal/pictures/lchina_typhoon_city_clouds.jpg

Harap berita dari mStar ini tidak benar. mStar melaporkan pihaknya diberitahu bahawa ribut taufan yang kuat - PARMA - dengan kelajuan 222 kilometer sejam akan melanda negara jiran Filipina menjelang tengah malam ini. Yang menggerunkan mengikut berita itu ialah tempias ribut ini dijangka sampai ke Malaysia beberapa jam selepas itu.

Pihak mStar sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca Malaysia mengenai perkara ini.

Walaupun sejak pagi hujan dan sesekali angin sederhana melanda kawasan tempat saya tinggal dan langit masih kelihatan mendung, namun saya berharap berita kedatangan taufan ini tidak benar. Lazimnya jika 'kepala' taufan membadai di negara asal (dalam konteks ini Filipina) dengan kelajuan 222 km sejam, 'ekor'nya jika tiba di negara lain mempunyai kekuatan yang semakin lemah, mungkin sekitar 100 km sejam saja. Tapi dengan kelajuan 100 km sejam pun pelbagai malapetaka dan kemusnahan boleh berlaku.

Semoga berita dari mStar itu cuma khabar angin. Apa pun, sebagai hamba Allah, berdoalah kita agar negara ini dan negara-negara jiran dijauhi dari malapetaka yang tidak diundang itu.

~ pendikar gunung kriang

Monday, October 5, 2009

SPR Cuma Akan Bertindak JIka Anggota Tentera Berani Berarak Menuntut Hak Mereka!



Pemalsuan dan tiada ketelusan undi pos bukan isu baru di negara ini. Ia sudah dibangkitkan sejak puluhan tahun dulu lagi. Tapi kerajaan BN mengambil langkah 'selamat' - mendiamkan diri atau sesekali menafikan ianya pernah berlaku. Saya sendiri mempunyai adik ipar, seorang pegawai tentera. Dia pernah beritahu saya tidak pernah mengundi, kerana ada orang lain yang mengundi bagi pihaknya. Ia pengakuan yang tidak mengejutkan saya. Saya juga percaya rakyat Malaysia tidak terkejut bila dikatakan undi pos tidak telus, undi pos tiada kerahsiaan, undi pos diselewengkan. Yang selalu berkata undi pos tidak pernah diselewengkan cuma pak-pak Menteri saja. Tapi itu kata mulut mereka. Dalam hati pak-pak Menteri ini juga pasti tahu undi pos memang tidak telus. Mereka tahu undi pos memang sering diselewengkan. Ramai anggota tentera tidak pernah mengundi, kerana ada tangan lain yang mengundi BN bagi pihak mereka. Atau ada yang pernah mengundi, tapi mereka hanya dibenarkan memangkah parti cap dacing itu saja. Pak-Pak Menteri pasti tahu maklumat ini. Tapi kerana ia sesuatu yang menguntungkan parti, pak-pak Menteri ini buat-buat tak tahu, buat-buat terkejut bila dikatakan undi pos diselewengkan.

Pegawai-pegawai atasan tentera sendiri pernah membuat pengakuan tiada kerahsiaan dalam undi pos, undi pos diselewengkan untuk manfaat BN. Antara yang pernah membuat pengakuan ialah bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan dan Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin.

Hari ini Malaysiakini melaporkan seorang lagi bekas sarjan mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak kira-kira 400 anggota tentera di kem Port Dickson dalam dua pilihan raya umum lalu. Sarjan (B), Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem. Belaiu juga pernah melaporkan perkara ini kepada SPR pada hujung bulan Ogos lepas.

Apa tindakan SPR bagi mengatasi penyelewengan undi pos ini? SPR tidak akan melakukan apa-apa! SPR bukanlah suruhanjaya bebas seperti yang wujud di negara-negara demokrasi. Jadi tidak hairan ia tidak akan melakukan apa-apa. Seperti biasa jika diajukan soalan mengenai penyelewengan undi pos, skrip jawapan yang telah dihafal oleh pegawai SPR seperti yang lepas-lepas juga: nafi, nafi dan nafi. Walaupun banyak pihak yang mengemukakan saksi dan bukti, tapi SPR tetap kata tiada saksi dan bukti. Apa nak dihairankan, kerana bukankah SPR itu sendiri salah satu komponen parti dalam BN?

SPR mungkin hanya berani memberi kebebasan kepada anggota tentera mengundi jika anggota-anggota tentera itu sendiri berani berarak beramai-ramai ke pejabat SPR untuk menuntut hak bersuara mereka - hak bebas mengundi - yang dijamin dalam perlembagaan. Tapi perkara sedemikian tidak akan pernah berlaku di negara ini, kerana tentera kita bukanlah jenis tentera di negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia yang begitu dekat dengan suara hati nurani rakyat.

~ pendikar gunung kriang

Saturday, October 3, 2009

Azeez Kena Pukoi? Nak Tergelaknya Aku!!

[n_p22datukazeez.jpg]

Ketika jentera BN dan Pas sibuk 'berperang' di pusat penamaaan calon PRK Bagan Pinang, saya terbaca dalam sebuah akhbar tempatan mengenai kisah seorang lelaki peniaga gerai dipukul kerana mengganggu seorang wanita peniaga gerai. Mengikut laporan itu, peniaga lelaki yang dipukul itu telah ditahan polis. Tetapi suami wanita yang memukul lelaki itu tidak pula dilaporkan ditahan. Malah laporan akhbar itu merujuk isterinya sebagai "mangsa", manakala lelaki yang dipukul sebagai "suspek".

Itu cerita yang saya baca dalam akhbar di sebelah pagi. Petangnya, saya terbaca pula cerita Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera Umno yang mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon PRK Bagan Pinang. Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu seramai 9 orang yang tidak dikenalinya.

"Yang saya pasti mereka adalah penyokong-penyokong PAS. Pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian PAS," kata Azeez kepada Malaysiakini.

Insiden Azeez dipukul itu menimbulkan beberapa persoalan dibenak saya:

i) Walaupun secara peribadi, saya tidak kenal Azeez yang berbadan gempal dan berkulit gelap menyerupai Mike Tyson bekas juara tinju berkulit hitam Amerika itu, tetapi kata orang dia ini jenis orang yang boleh tahan samsengnya. Bukan saja Mat Rempit, tapi mat-mat lain yang diragui latar belakangnya juga dikatakan merupakan golongan yang menjadi rakan karibnya. Jadi agak menghairankan bagaimana orang yang berperwatakan samseng boleh jadi mangsa pukulan?

ii) Saya juga hairan bagaimana ada orang yang begitu berani memukul si-gempal itu di tengah khalayak ramai. Biasanya orang akan berfikir 10 kali sebelum memukul dengan menggunakan buku lima sendiri mereka yang fizikalnya seperti Azeez yang menyerupai juara tinju dunia heavyweight itu.

iii) Bagaimana Azeez yang kononnya menjadi mangsa pukulan itu mempunyai masa untuk mengira jumlah pukulan yang diterimanya sebanyak 20 kali oleh 9 lelaki. Ini kerana mereka yang dipukul bertubi-tubi lazimnya hanya teringat uintuk mempertahankan dirinya sendiri saja dan bukannya sibuk menghitung jumlah pukulan yang diterimanya dan mengira berapa ramai orang yang memukulnya.

iv) Mula-mula Azeez kata dia tidak mengenali siapa yang memukulnya, tetapi lepas itu dia berkata mereka adalah "penyokong-penyokong Pas". Tapi itu tak apa juga. Yang lebih pelik bila dia berkata, "....pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian Pas". Saya sampai kini masih tertanya-tanya, bagaimana rupa bentuk "pakaian Pas" itu? Berkot dan bertali leher seperti yang lazimnya dipakai oleh sesetengah pemimpin Pas atau berjubah atau berkain pelikat?

v) Jika benar Azeez dipukul, pasti ada sebabnya. Seperti kisah peniaga gerai lelaki di awal posting saya tadi yang dipukul kerana kacau isteri orang. Mana ada manusia yang tiba-tiba dipukul tanpa sebab? Mungkinkah mulut laser Azeez yang menjadi punca dia dipukul (jika memang benar dia dipukul)? Jika dalam kes peniaga gerai itu, polis menganggap wanita itu sebagai 'mangsa' dan lelaki yang dipukul sebagai 'suspek' mengapa dalam kes Azeez, polis tidak boleh mengkategorikan Azeez sebagai 'suspek'?

Tapi apapun, jika beliau memang sebenarnya dipukul, saya sangat bersimpati dengan Azeez. Dan saya akan lebih bersimpati jika ia cuma gembar gembur Umno untuk bikin gempaq seperti yang pernah berlaku dalam PRK di Ijok, Permatang Pauh dan lain-lain PRK sebelum ini yang polis telah tutup fail kerana ia cuma insiden ciptaan Umno untuk buat gempaq saja. Tambahan pula si-Azeez ni sejak lama dulu memang terkenal dengan perangai suka bikin gempaq termasuk isu Preston University dan Wilayah Arm (syarikat Sultan Selangor yang konon dibelinya).

Alahai Azeez.....hang kena pukoi? Adoooi....nak tergelaknya aku!!

~ pendikar gunung kriang

Friday, October 2, 2009

Ini Dia Suara Penyokong Umno Yang Tidak Sukakan Isa

Berikutan seruan akhbar Sinar Hairan supaya pengundi Bagan Pinang memberi kemenangan kepada Pas, kerana bila Pas Menang BN Senang, Mat Isa Tamat Umno Selamat; Waris Tok Naneng mengamok memaki hamun pertahankan Mat Rasuah Isa:
"Ni apa ke jadah nya pulak Mat Hasan nak risau? Kalo Isa menang di BP bertambak kuek la BN N9.Mat Hasan pun boleh berasa tonang sobab kusi nogori tak kurang..Mat Hasan dan Isa Samad boleh berganding bahu memperkasa BN nogori Sombilan..PR jangan lah nak berangan2.Suko sangat melagokan orang melayu..Dah lupo ko bangso melayu dulu bangso dijajah..Dah bagi senang di bumi merdeka tapi perangai HARAM JADAH..Waris Tok Naneng"
Bukan mudah untuk pewaris itu melihat sesuatu yang bakal berlaku kerana sudah ditutup rapat matanya dengan wang ringgit dan rasuah. Bukan senang untuk pewaris menolak laba yang diberikan Mat Rasuah itu. Waris Tok Naneng adalah contoh buruk terbaik generasi yang telah dikorupkan oleh perasuah.Ia bertepatan sekali dengan telahan Tun Mahathir, Mat Isa bukan saja pemimpin yang amalkan rasuah tetapi pemimpin yang dah rosak dan merosakkan.

Pewaris Empayar Calligular di Rome dulu pun sama kuat semangat dengan Waris Tok Naneng dalam mempertahankan pemimpin mereka. Namun empayar tersebut tumbang kerana rasuah dan pelacuran. Malaysia yang diterajui Umno bukan sahaja penuh dengan perasuah, pelacuran malah lengkap dengan judi dan arak. Itu mempertahankan Melayu dan Islam ke tu?

Waris Tok Naneng perlu sedar dan bangun menyedarkan yang lain tentang bahaya rasuah dan kepimpinan yang berasaskan rasuah seperti Mat Isa. Sanggupkah Mat Isa hanya sekadar menjadi EXCO keoada Mat Hasan nanti? Mat Isa nak pegang exco apo jang? Mat Iso tunggu maso jo bilo monang nanti nak dir]terajang jo Mat Hasan tu.

Mat Hasan boleh mampu selamatkan kerusinya dengan membenamkan Mat Isa sekarang kerana kalau BN kalah pun BN masih memerintah Nogori debgab selamat. UMNO terus perkasa. Tetapi kalau BN menang seperti kata Mahathir, One Malaysia akan memandang UMNO dan BN sebagai sebuah parti yang korup kerana tidak serius menangani rasuah dan politik wang. Sisampin itu Mahathir telah awal-awal lagi dah nampak jika Isa menang beliau tidak akan memperkasakan BN dan UMNO malah akan MEMPERKOSA imej UMNO dan BN sehina-hinanya.

Teman ni bukan apo jang, teman sayangkan UMNO dan BN macam jang jugak daripada terus dirosakkan oleh manusia yang tidak bermoral macam Mat Isa. Kalau kita bagi Pas menang, bukan bererti kita kalah, tetapi kita akan menang dalam perjuangan menyelamat serta memulihkan imej UMNO dan BN daripada terus tercemar. Kalau Pas menang pun PAS tak kan dapat perintah negeri sembilan pun. Kita bagi je pas menang untuk selamatkan UMNO dan BN. Yalah kata orang Pas Menang, BN Senang, UMNO selamat... Apo ko jadah eh Eden lagokan orang melayu?.. tapi yang sebonar eh, eden sayang Umno dan Melayu macam ekau juo jang.. tu jo.. tapi kalau pilih Mat Iso, monang pun.... tak dapek eden nak nolong nanti....punah ranah nogori

Kita tak marahkan Tok Mat Isa tapi lita marah perbuatanya tu. Lagi pun perjuangan bukan kerana individu tetapi parti. Mat Isa ke Mat Hasan dan PEWARIS Tok Naneng akan pergi tapi Umno akan kekal daei dulu kini dan selamanya. Cuma kali ini saja kita kasi Pas menang bukan kerana nak sokong PAS tetapi kerana kita nak selamatkan UMNO dan bangsa Melayu (Bangsa Tok Naneng)

Apa-apa hal pun KITA MESTI BERANI JANG.

(Petikan dari: KedahLanie)

Thursday, October 1, 2009

Ahmad Said Buat Lawak Bodoh Lagi!!

http://kerajaanrakyat.com/wp-content/uploads/115.jpg
Dagu panjang...akalpun kena panjang!!

Tiba-tiba saja Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan naik angin dengan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) yang meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008, merudum 4 anak tangga dari tangga 43 pada tahun 2007. Beliau mendakwa laporan TI itu "tidak adil". Tambahnya CPI tidak mengambilkira faktor, antaranya jumlah penduduk negara-negara dalam indeks tersebut.


Saya kurang faham mengapa Ahmad Said mengaitkan ketidak adilan laporan TI itu dengan jumlah penduduk sesebuah negara. Tapi saya membuat andaian mungkin maksudnya negara berpenduduk kecil mudah ditadbir dan oleh itu tahap rasuah/CPI mereka lebih baik berbanding negara yang jumlah penduduknya lebih besar. Mungkin Ahmad Said melihat Denmark (penduduk 5.5 juta), New Zealand (penduduk 4.3 juta), Sweden (penduduk 9.3 juta) dan Singapura (penduduk 4.9 juta) meraih tempat 1 hingga 4 dalam indeks CPI kerana penduduk negara-negara itu tidak sampai 10 juta.

Jika itulah andaian Ahmad Said, beliau telah membuat kenyataan yang salah. Ini kerana ternyata jumlah penduduk bukannya faktor yang boleh dikaitkan dengan tahap rasuah sesbuah negara. Banyak negara yang penduduknya lebih ramai dari Malaysia (27.5 juta), tetapi berjaya berada di tempat yang lebih baik dalam indeks CPI berbanding negara ini. Contohnya negara Jerman dengan penduduk 82.05 juta berada di tempat 14 dalam indeks CPI, United Kingdom (penduduk 61.6 juta) di tangga ke 16, Jepun (penduduk 127.6 juta) di tangga ke 18 dan Sepanyol (penduduk 45.93 juta) di tangga ke 28.

Sepatutnya Ahmad Said tidak wajar mencari alasan tidak munasabah bagi mempertahankan tahap rasuah di negara ini yang jelas kian merudum. Jika Ahmad Said rajin membaca artikel yang ditulis dalam media alternatif, beliau akan faham betapa kecewanya rakyat dengan tindak tanduk SPRM yang kononnya cuba membanteras rasuah, tetapi cara pelaksanaannya kelihatan seperti acuh tak acuh sahaja. Malah kekecewaan rakyat terhadap tahap rasuah di negara inilah antara faktor yang menyebebkan BN tewas banyak kerusi dalam PRU ke-12 dahulu. Jika bukti rasuah yang didedahkan oleh pihak PR, NGO dan badan-badan berkecuali yang membabitkan pemimpin-pemimpin BN, SPRM buat tidak peduli sahaja, walaupun 100 treler digunakan untuk mengangkut bukti-bukti rasuah yang mereka lakukan. Tapi jika wujud kabar-kabar angin bahawa ada pemimpin-pemimpin PR melakukan rasuah, SPRM bertindak begitu proaktif, sehingga tanpa bukti yang kukuh dan belumpun siasatan rasmi dijalankan, kesimpulan dibuat terlebih dahulu oleh SPRM bahawa di situ ada elemen rasuah.

Kita berharap Ahmad Said dan pegawai-pegawai atasan SPRM melihat laporan TI dari sudut positif. Anggaplah ia sebagai cabaran bagi meningkatkan kreadebiliti badan tersebut yang semakin dipersendakan rakyat kerana ketidak bolehannya menyelesaikan banyak isu rasuah. Ada jenaka yang berkata Ahmad Said yang berdagu panjang itu sepatutnya memiliki akal fikiran yang juga panjang. Sebagai seorang yang berakal panjang, beliau tidak sepatutnya melenting dengan laporan TI itu. Beliau perlu berani menteras rasuah selaras dengan kedudukan SPRM yang telah dinaik taraf kepada Suruhanjaya dan keanggotaannya yang semakin besar itu. Jangan nanti ketika SPRM diterajui oleh Ahmad Said yang berdagu panjang, kedudukan CPI Malaysia di tahun-tahun mendatang berada di tangga yang lebih panjang dan terkebelakang !!

~ pendikar gunung kriang