Monday, October 12, 2009

Awat RTM dan Media Prima Macam Beruk Dapat Bunga?

http://headsteadi.com/wp-content/uploads/2008/07/dsc_7452.jpg

Nak tergelak dan termuntah....biar kerusi aje tonton berita TV!!!

Nak tergelak pun ada, nak muntah pun ada. Begitulah yang saya rasa menonton siaran berita TV sejak malam tadi hingga malam ini. Saya boleh terima jika berita kemenangan tokoh perasuah bernama Isa itu disiarkan berulang kali semalaman malam tadi dalam semua saluran TV, tidak kira RTM atau Media Prima. Maklumlah sudah 9 kali pilihanraya kecil, semuanya kalah kecuali di Batang Ai menang sekali, maka kemenangan kali ini pasti sangat dinanti-nantikan oleh BN. Oleh itu bila semua siaran berita TV memberi fokus kepada kemenangan itu pada malam tadi, ia boleh diterima. Ia seperti cerita musafir yang dahaga di tengah padang pasir yang sudah menjumpai 9 telaga, hanya telaga kesembilan di Negeri Sembilan baru mereka menjumpai air yang jernih, jadi seronoknya tentu bukan main lagi!

Walaupun kalah 7-2, tapi BN merayakan kemasukan gol kedua ke pintu gawang lawan itu seperti mereka menang besar, walaupun sebenarnya masih tewas dengan agregat 7-2. Yang jadi nak tergelak dan nak termuntah ialah episod cerita menang itu diulang-ulang setiap kali siaran berita. Siaran berita malam ini jam 8 malam pun masih bercerita tentang kemenangan itu. Apabila PR menang 7 kali pilihanraya kecil dulu, sudahlah keputusannya lewat disiarkan, berita mengenainya hanya dimasukkan dalam satu segmen ringkas yang sungguh ringkas. Tapi bila BN menang, ada siaran langsung dari Pusat Penjumlahan Undi pula lagi (TV1) dan sampai 2 hari 2 malam masih diulang berita yang sama!

Jadi macam mana tak tergelak dan tak termuntah bila siaran berita TV dok ulas yang itu-itu juga? Betul-betul TV kita sudah jadi macam kisah beruk dapat bunga, dua hari bunga itu dilambung dan dicium-ciumnya, sungguh mengharukan!

Harap-harap esok siaran berita TV kita bawa cerita lain ler pula. Jangan lagi jadi macam beruk dapat bunga, kerana hari ketiga bunga itu telah menjadi semakin kusam dan masam!

~ pendikar gunung kriang

5 comments:

umnoharamjadah said...

Janganlah duk marah atau kecik hati dengan tv umno tu....depa tu dah lama mengidam nak mengampu tapi baru nilah dapat peluang.....dah 7 kali kena seligi....hanya 1 dapat itupun nuuuuun kat Sarawak nun.

Kasi can depa nak meroyan sekali sekala....man tau lepas-lepas ni ....duk kegheyih...tak tentu hala...baru haru biru...

pendikar gunung kriang said...

Aku bukan marah, cuma nak termuntah dan loya bila nasi basi dihidang depa untuk dimakan 2-3 hari!

Nick said...

Bukan takat media massa pengampu... blogger2 pengampu yg sebelum ni mcm kura2, sembunyi kepala dlm cengkerang @ dgn kata lain kecut teloq tiba2 sawan mengomen kat blog2 pro-PR.

Memang mcm kera dpt bunga lagaknya...

pendikar gunung kriang said...

nick,

Bagilah peluang blogger pro-BN mengomen pula. Dah 9 kali depa tunggu, baru kini ada peluang nak bercakap. Kesian kat depa, kan. Kasi chance lah kali nie....

Anonymous said...

BERUK DAPAT BUNGA TAK SESUAI LA... BERUK DAPAT BELACAN KOT.. SERONOK SUNGGUH DEPA MENANG DUA KALI KALAH TUJUH KALI. BUBAR LAH DUN PERAK..KATA DEPA RAKYAT DAH SOKONG UMNO.. TUNGGU APA LAGI!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.