Tuesday, October 6, 2009

Harap Berita Ini Tak Benar!!

http://www.surfersvillage.com/gal/pictures/lchina_typhoon_city_clouds.jpg

Harap berita dari mStar ini tidak benar. mStar melaporkan pihaknya diberitahu bahawa ribut taufan yang kuat - PARMA - dengan kelajuan 222 kilometer sejam akan melanda negara jiran Filipina menjelang tengah malam ini. Yang menggerunkan mengikut berita itu ialah tempias ribut ini dijangka sampai ke Malaysia beberapa jam selepas itu.

Pihak mStar sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca Malaysia mengenai perkara ini.

Walaupun sejak pagi hujan dan sesekali angin sederhana melanda kawasan tempat saya tinggal dan langit masih kelihatan mendung, namun saya berharap berita kedatangan taufan ini tidak benar. Lazimnya jika 'kepala' taufan membadai di negara asal (dalam konteks ini Filipina) dengan kelajuan 222 km sejam, 'ekor'nya jika tiba di negara lain mempunyai kekuatan yang semakin lemah, mungkin sekitar 100 km sejam saja. Tapi dengan kelajuan 100 km sejam pun pelbagai malapetaka dan kemusnahan boleh berlaku.

Semoga berita dari mStar itu cuma khabar angin. Apa pun, sebagai hamba Allah, berdoalah kita agar negara ini dan negara-negara jiran dijauhi dari malapetaka yang tidak diundang itu.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.