Friday, October 2, 2009

Ini Dia Suara Penyokong Umno Yang Tidak Sukakan Isa

Berikutan seruan akhbar Sinar Hairan supaya pengundi Bagan Pinang memberi kemenangan kepada Pas, kerana bila Pas Menang BN Senang, Mat Isa Tamat Umno Selamat; Waris Tok Naneng mengamok memaki hamun pertahankan Mat Rasuah Isa:
"Ni apa ke jadah nya pulak Mat Hasan nak risau? Kalo Isa menang di BP bertambak kuek la BN N9.Mat Hasan pun boleh berasa tonang sobab kusi nogori tak kurang..Mat Hasan dan Isa Samad boleh berganding bahu memperkasa BN nogori Sombilan..PR jangan lah nak berangan2.Suko sangat melagokan orang melayu..Dah lupo ko bangso melayu dulu bangso dijajah..Dah bagi senang di bumi merdeka tapi perangai HARAM JADAH..Waris Tok Naneng"
Bukan mudah untuk pewaris itu melihat sesuatu yang bakal berlaku kerana sudah ditutup rapat matanya dengan wang ringgit dan rasuah. Bukan senang untuk pewaris menolak laba yang diberikan Mat Rasuah itu. Waris Tok Naneng adalah contoh buruk terbaik generasi yang telah dikorupkan oleh perasuah.Ia bertepatan sekali dengan telahan Tun Mahathir, Mat Isa bukan saja pemimpin yang amalkan rasuah tetapi pemimpin yang dah rosak dan merosakkan.

Pewaris Empayar Calligular di Rome dulu pun sama kuat semangat dengan Waris Tok Naneng dalam mempertahankan pemimpin mereka. Namun empayar tersebut tumbang kerana rasuah dan pelacuran. Malaysia yang diterajui Umno bukan sahaja penuh dengan perasuah, pelacuran malah lengkap dengan judi dan arak. Itu mempertahankan Melayu dan Islam ke tu?

Waris Tok Naneng perlu sedar dan bangun menyedarkan yang lain tentang bahaya rasuah dan kepimpinan yang berasaskan rasuah seperti Mat Isa. Sanggupkah Mat Isa hanya sekadar menjadi EXCO keoada Mat Hasan nanti? Mat Isa nak pegang exco apo jang? Mat Iso tunggu maso jo bilo monang nanti nak dir]terajang jo Mat Hasan tu.

Mat Hasan boleh mampu selamatkan kerusinya dengan membenamkan Mat Isa sekarang kerana kalau BN kalah pun BN masih memerintah Nogori debgab selamat. UMNO terus perkasa. Tetapi kalau BN menang seperti kata Mahathir, One Malaysia akan memandang UMNO dan BN sebagai sebuah parti yang korup kerana tidak serius menangani rasuah dan politik wang. Sisampin itu Mahathir telah awal-awal lagi dah nampak jika Isa menang beliau tidak akan memperkasakan BN dan UMNO malah akan MEMPERKOSA imej UMNO dan BN sehina-hinanya.

Teman ni bukan apo jang, teman sayangkan UMNO dan BN macam jang jugak daripada terus dirosakkan oleh manusia yang tidak bermoral macam Mat Isa. Kalau kita bagi Pas menang, bukan bererti kita kalah, tetapi kita akan menang dalam perjuangan menyelamat serta memulihkan imej UMNO dan BN daripada terus tercemar. Kalau Pas menang pun PAS tak kan dapat perintah negeri sembilan pun. Kita bagi je pas menang untuk selamatkan UMNO dan BN. Yalah kata orang Pas Menang, BN Senang, UMNO selamat... Apo ko jadah eh Eden lagokan orang melayu?.. tapi yang sebonar eh, eden sayang Umno dan Melayu macam ekau juo jang.. tu jo.. tapi kalau pilih Mat Iso, monang pun.... tak dapek eden nak nolong nanti....punah ranah nogori

Kita tak marahkan Tok Mat Isa tapi lita marah perbuatanya tu. Lagi pun perjuangan bukan kerana individu tetapi parti. Mat Isa ke Mat Hasan dan PEWARIS Tok Naneng akan pergi tapi Umno akan kekal daei dulu kini dan selamanya. Cuma kali ini saja kita kasi Pas menang bukan kerana nak sokong PAS tetapi kerana kita nak selamatkan UMNO dan bangsa Melayu (Bangsa Tok Naneng)

Apa-apa hal pun KITA MESTI BERANI JANG.

(Petikan dari: KedahLanie)

2 comments:

Anonymous said...

boto tu.. den sokong. den pun penyokong umno . kalau nak imej yang baik itu jo cagho ei.... memang pahit melihat kegagalan tapi lobih pahit kalau masyarakat majmuk melabelkan bangso kito bangso korup . pilihlah pemimpin yang borsih

Anonymous said...

yang beria benar mengaku melayu tulen tu apa yang herannya.. kalau kata nak naikkan bangsa melayu... calon PAS pun bangsa melayu jugak. kalau nak kata maruah.. rasanya maruah PAS lebih baik dari BN. kadang kala kita sedar tapi disebabkan ego dan ketamakan ditelankan saja keburukan itu. oleh itu jangan cerita pasal maruah. lagi dicerita lagi membuka pekung di dada. macam mana sempit mengiakan rasuah wang dalam pemilihan UMNO bukan satu jenayah. dah jelas dan nyata jahilnya pemimpin tersebut. kalau nak memperjuangkan melayu... berfikirlah apabila berhujah bukan mengikut perasaan kerna ia akan melambangkan bangsa melayu tersebut.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.