Sunday, October 11, 2009

Kemenagan Isa Perlu Disembunyikan Dari Pengetahuan Masyarakat Dunia!!


Seperti yang dijangka ramai, tokoh perasuah bernama Isa itu menang di Bagan Pinang. Apa pun orang nak kata, katalah, tapi Isa telah ditabal majoriti pengundi menjadi wakil rakyat mereka. Tidak kiralah apa yang ada dalam minda pengundi ketika tangan emas mereka memegang pensil, tetapi mereka telah membuat keputusan. Tidak kiralah sama ada keputusan pengundi itu bijak atau tolol, tapi itulah keputusan mereka. Semua pihak patut menghormati keputusan itu kerana itu adalah keputusan majoriti komuniti kawasan itu. Seperti juga jika pilihanraya diadakan di kalangan komuniti banduan dan mereka memilih ketua Geng Mamak sebagai ketua mereka, semua pihak harus menerima keputusan banduan yang memilih yang terburuk di antara mereka sebagai ketua. Kerana, apa pun proses demokrasi wajar dihormati, biar siapapun yang terpilih tidak kiralah sama ada dia ketua perasuah, ketua penjenayah atau ketua kerajaan langit ala-Ayah Pin.

Cuma diharap kemenangan Isa itu tidak disalah tafsir oleh masyarakat luar negara khususnya pelabur asing sebagai manifestasi penerimaan masyarakat Malaysia terhadap budaya rasuah. Negara sedang berada di antara tangga tercorot dalam indeks persepsi rasuah dan diharap keputusan di Bagan Pinang ini tidak mempengaruhi kedudukan indeks tersebut kelak. Harap negara luar melihat keputusan di Bagan Pinang ini sebagai kes terpencil kerana ia tidak mewakili majoriti masyarakat cerdik Malaysia yang akan tetap menolak rasuah dan penyalah gunaan kuasa dalam kehidupann mereka.

Tapi lebihlah elok rasanya jika keputusan pilihanraya di Bagan Pinang ini tidak diketahui oleh masyarakat luar negara, khususnya pelabur asing. Mungkin media kita boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan keputusan rakyat yang memalukan ini diketahui dunia bagi mengelakkan Malaysia diketawakan!!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.