Thursday, October 22, 2009

Kristian al-Islam Pun Ada?

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan antara Islam dan Kristian. Adakah ini adalah kristian gaya baru?


Al-Kisahnya,

Diwaktu saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas pergi menunaikan solat. Semuanya berkopiah/bersongkok dan dipimpin oleh seorang Imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Kristian ortodok merupakan sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun (MELAYU), Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama.Tengoklah saat mereka solat..

SUJUD MEREKA

RUKUK MEREKA


Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan juga sujud..

Yang membezakannya ialah, bila mana kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok ini lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.

Mereka menyebutnya
1. sa'atul awwal (fajar/shubuh),
2. sa'atuts tsalis(dhuha),
3. sa'atus sadis (dhuhur),
4. sa'atut tis'ah (ashar),
5. sa'atul ghurub (maghrib),
6. sa'atun naum (Isya'),
7. sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.


Gambar-gambar diatas ajaran kristian ortodok yang mungkin membuatkan anda keliru.... jadi berhati-hati lah kita agar tidak terpesong dengan ajaran kristian ortodok ini...

Hebah kan pada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai, ahli keluarga, rakan blog, pembaca kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita maklum.

Jangan jadikan ia sebagai entri berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi lihat dan selidikilah isinya juga... lihat keseluruhan.

Wallahualammmubissawab........

(Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/)

3 comments:

baginda® said...

Gereja Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian. Terdapat 250 juga penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan kebanyakan mereka tinggal di Rusia, Greece, Eropah Timur dan Timur Tengah. Mereka juga terdapat di seluruh dunia termasuk di Jepun dan Indonesia.

Sejarah

Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rome dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa german mengakibatnya terputusnya komunikasi antara Gereja di Rome dan Gereja di timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).
Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua Gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua Gereja memisahkan diri mereka.

Tipika

Apa yang menyatukan mazhab ini ialah teologinya, walaupun terdapat variasi gaya yang bergantung kepada negara asal dan adat tempatan. Adat tempatan ini dipanggil perbezaan dalam tipika dan diterima oleh pemimpin gereja kerana ia tidak dilihat sebagai bertentangan secara teologinya dengan ajaran asas Gereja Ortodoks Timur.
Oleh itu kita boleh melihat banyak Gereja Ortodoks Timur mengambilpakai gelaran kebangsaan seperti Ortodoks Greek, Ortodoks Rusia, Ortodoks Romania, Ortodoks Serbia dan sebagainya. Gelaran ini berfungsi membezakan bahasa, uskup dan tipika mana yang diikuti oleh jemaah tertentu. Jemaah Gereja selalunya bersatu dalam kepercayaan tanpa mengira kerakyatan. Perbezaan selalunya sedikit dan ia melibatkan aturan him yang dinyanyikan atau pada masa bila servis tertentu dibuat. Pada umumnya, pengikut Kristian Ortodoks Timur boleh berjalan ke seluruh dunia dan masih mengikuti servis yang sama dilakukan setiap hari Ahad walaupun dia tidak faham bahasa yang digunakan.

Apai Ngelai said...

Salam,

Nauzubillah... jauhi daripada tersesat ke dalam golongan ini. Sememangnya kita wajib mengkhabarkan kepada saudara kita yang lain agar mereka tak terkeliru nanti. Walaubagaimanapun, kita harus bekerjasama jika agama ini terkesan di Negara kita maka kita wajib melaporkannya kepada pihak berkuasa.

zakir lazarus said...

semua agama dalam dunia adalah hak allah dia menciptakan dan mengujikan iktikad iman buat hamba-hambanya dengan variasi keperyaan dengan turunnya ayat al ikhlas maka terhapuslah semua kepercayaan yang batil...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.