Monday, October 12, 2009

Lepas Ini Kita Pilih Ketua Gangster, Perompak, Penagih Dadah dan Pelacur Sebagai Wakil Rakyat!


Wakil rakyat baru bagi DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata kemenangan BN dengan majoriti lebih 5,000 undi sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui selepas kemenangnnya itu.

Saya setuju dengan kenyataan Isa bahawa kemenangan itu adalah GAMBARAN KEPERCAYAAN RAKYAT KAWASAN TERSEBUT (Bagan Pinang)) TERHADAP BELIAU( Isa) DAN PARTI (BN). Gambaran yang ada kepada rakyat umum ialah Isa tokoh perasuah dan BN parti pencinta rasuah yang perlu dijauhi. Tapi itu gambaran umum rakyat Malaysia. Kadang-kadang gambaran umum tidak sama dengan gambaran yang bersifat lokaliti komuniti tertentu. Sebab itu apabila rakyat Malaysia umumnya menolak rasuah, ia tidak bermakna semua orang memandang jijik kepada rasuah. Perkara itu (membenci rasuah) mungkin dirasai oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi ia tidak boleh dipaksakan kepada semua orang, termasuk masyarakat Bagan Pinang.

Nampaknya kemenangan besar Isa adalah satu percubaan BN untuk meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa perasuah tidak perlu digeruni dan integriti tidak perlu disanjungi. Kepercayaan bahawa kita perlu menyisihkan pemimpin rasuah mungkin hanya sesuai dijadikan pegangan masyarakat maju di negara-negara Barat, Jepun dan Korea. Tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa negara ini belum mencapai tahap negara maju dan oleh itu rasuah tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang menjijikkan. Oleh itu selepas ini kita perlu belajar untuk masih menerima dengan hati terbuka perasuah sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat, sebagai menteri.

BN parti yang dicemari rasuah itu telah mengajar rakyat sejak berdekad-dekad dahulu untuk menerima perasuah sebagai pemimpin dan rakyat Bagan Pinang telah membuktikan mereka boleh menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan pemimpin-pemimpin yang ada salah laku moral yang cukup jijik pula sebagai calon dan mungkin rakyat boleh menerimanya. Perkara ini (meletakkan calon jijik yang tidak bermoral) sebagai pemimpin) bukan perkara asing di negara luar dan ia boleh dicuba BN di Malaysia selepas ini. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan kepala gangster, ketua perompak, ketua sindiket judi, pelacur, ketua ajaran sesat dan penagih dadah tegar sebagai calon mereka dalam sesuatu pilihanraya. Rakyat yang telah biasa menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka tentu berfikir, jika perasuah boleh diterima sebagai wakil rakyat, mengapa mereka tidak boleh menerima kepala gangster, perompak,pelacur dan penagih dadah sebagai wakil rakyat selepas ini?

Mungkin lepas ini jika ada lagi kekosongan wakil rakyat, BN boleh mencuba meletakkan kepala gangster, ketua perompak, pelacur dan penagih dadah sebagai calon mereka. Siapa tahu masyarakat Malaysia yang semakin mundur dan telah semakin sebati dengan budaya tidak bermoral itu boleh menerimanya? BN boleh mencubanya, kerana BN boleh!!!

~ pendikar gunung kriang

4 comments:

semutapi said...

pendekar gunung keriang,

Di kawasan aku ada seorang bekas pelacur yang sangat popular di tahun 70an. Orang panggil dia Gayah Lawa, kerana sangat lawa masa muda & lawanya masih kekal sampai kini. Dulu masa muda dia dikatakan buat kerja tak baik tu di Chow Kit, KL. Sekarang bila umur pun sudah meningkat 60an, dia balik kampung. Walaupun sudah masuk peringkat warga emas, tapi dia dikatakan masih melacur secara part time.

Bagi anak-anak muda, Gayah Lawa lebih dikenali sebagai Mak Lang (kata manja untuk jalang) Gayah. Dia ni memang sejak balik kampung jadi orang Umno, walaupun tak aktif sangat. Harap-harap wakil rakyat kawasan aku (orang Umno) panjang umur. Tapi jika Allah menjemputnya, aku sangat setuju Mak Lang Gayah nie jadi calon Umno/BN menggantikan wakil rakyat sekarang yang lebih banyak masanya di KL itu. Mak Lang mudah didekati, tak macam wakil rakyat sekarang dan yang lebih penting tua-tua pun sentiasa wangi dan mendebarkan!

Isa tentu setuju dengan aku pelacur juga boleh jadi wakil rakyat. Apa lagi Dr Mashita menteri di JPM itu sendiri pernah menghalalkan profesyen pelacur jika ia dilakukan untuk maksud 'zarurat'.

Anonymous said...

Aku setuju.... Lagipun dalam PR pun banyak pelacur, Gengster, Perompak, Penagih Dadah Perogol & Peliwat yg dah jadi ADUN & MP, malah Perogol & Peliwat pun ada...

Anonymous said...

Hai masa peliwat menang kat Permatang Pauh dulu, hang tak bising pun.... mana lebih mulia antara peliwat dengan perasuah?

pendikar gunung kriang said...

Catatan: Harap maaf, adalah menjadi prinsip blog ini untuk tidak menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh hantu-hantu yang bersembunyi di balik nama anom.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.