Thursday, October 8, 2009

Mafia Umno Mula Memandi Darah Di Bagan Pinang

Saya tertarik dengan berita dalam HarakahDaily sebentar tadi mengenai lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk mereka di Bagan Pinang. Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan lelaki terbabit dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk ada juga yang bertindak seperti mafia menyerang dan mencederakan petugas Pas dengan menggunakan parang seperti yang dirakamkan dalam gambar-gambar di bawah:

Image
























Bila Azeez Putra Umno dipeluk (dibaca oleh orang Umno sebagai 'ditumbuk') tanpa sedikit pun calar ditubuhnya, berita itu disensasikan oleh media BN seolah-olah satu keganasan besar telah dilakukan kepada mat gedebab itu. Kini apabila ada petugas Pas diperlakukan sedemikian rupa oleh pengganas Umno, adakah berita 'mandi darah' ini akan dipaparkan dalam media BN?

Image

2 comments:

Penumpang said...

Memang kejadian sebegini memalukan tak kira siapa yang melakukan nya dan siapa pula yang jadi mangsa. Pokok nya, pilihanraya kecil di Malaysia dah jadi macam tempat samseng berkumpul dan menagih tugas sebagai tukang belasah. Samada di pihak BN atau PR, apapun jua, apa yang di buat itu adalah memalukan orang Melayu dan agama Islam sebab sering kali saya lihat orang Melayu yang tentunya atau rata-rata nya beragama Islam yang terlibat, di kedua-dua belah pihak.Tak tahu lah kalau orang Melayu rela menjadi tukang pukul upahan.

pendikar gunung kriang said...

Saya setuju dengan anda, siapa pun tak wajar bertindak seperti mafia. Menang atau kalah biarlah secara bermaruah.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.