Monday, October 19, 2009

Malunya Bila Orang Luar Kata Malaysia Lembab dan Menjengkelkan!




Selama ini ingat saya saja yang saban kali rasa tidak puas hati dengan capaian internet di negara ini yang perlahannya macam lenggok anak kura-kura. Tapi bila Mat Salih dari Australia yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin mengadu syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan internet yang tidak memuaskan di negara ini, baru saya tahu orang lain, malah orang luar negara juga punya pandangan yang sama.

Halpin seterusnya berkata seperti yang dilaporkan oleh Bernama bahawa dokumen teknikal yang amat besar didapati mengambil masa yang panjang untuk disampaikan ke negara ini akibat kelembapan internet di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini (kelembapan internet di Malaysia) menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

"Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang" katanya lagi.

Aduuh...malunya aku, bila orang luar menyatakan Malaysia seteruk itu: lembab, menjengkelkan dan setaraf dengan Indonesia dan Vietnam! Yang paling tidak menyeronokkan bila kenyataan Mat Salih itu dihamburkan dihadapan wakil-wakil majlis perniagaaan dan kedutaan asing! Mungkin esok berita Malaysia yang lembab dan menjengkelkan itu akan keluar dalam akhbar-akhbar negara-negara luar. Tapi apa nak buat itulah hakikatnya. Ketika Pak-Pak Menteri mendabik dada kepada rakyat jelata kitalah yang terhebat, orang luar melihat sebaliknya. Kita berada di era IT, kita ada cyberjaya, kita ada Mimos, kita ada agensi itu agensi ini yang jaga teknologi informasi, tapi internet kita masih ditahap lembab dan menjengkelkan!!!

Apa kabar Perdana Menteri 1Malaysia. Apa kabar Pak Menteri yang jaga komunikasi. Apa kabar Pak Menteri yang jaga perdagangan luar negara. Apa kabar Pak Menteri yang memberi penerangan memadam keraguan. Tak mau komen ka?

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.