Tuesday, October 6, 2009

Rupanya Muhyidin TPM Buta Huruf!!

Tengahari tadi ketika menonton berita TV, tiba-tiba pancaindera saya tertangkap kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berkempen di Bagan Pinang. Dalam berita TV itu, beliau antara lain menasihatkan pengundi Bagan Pinang supaya jangan memilih Pas, kerana takut negeri itu menjadi seperti Kelantan yang katanya merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Ngoknya TPM aku nie, detik hati saya ketika itu. Dia ni tak pernah baca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, JPM ke? Dia tak pernah baca laporan ekonomi dalam buku Rancangan Malaysia Kesembilan ke?

Jika Muhyiddin pernah baca laporan-laporan berkenaan, tentu dia tahu, Kelantan bukannya negeri termiskin di Malaysia. Negeri termiskin di Malaysia dengan kadar kemiskinan 23% ialah Sabah. Kadar kemiskinan di Kelantan tidak sampai separuh dari kemiskinan Sabah. Di Kelantan kadar kemiskinan cuma 10.6%. Memang 10.6% itu tinggi, tapi Sabah lagilah tinggi. Terengganu juga lebih tinggi kadar kemiskinannya dari Kelantan. Kadar kemiskinan Terengganu ialah 15.4%. Negeri yang mempunyai kadar kemiskinan terendah ialah Pulau Pinang dengan kadar kemiskinan cuma 0.3%.

Kesian sungguh pengundi Bagan Pinang yang mendengar Muhyiddin menjual ubat palsu itu. Kesian sungguh seorang TPM bernama Muhyiddin yang miskin maklumat itu. Mungkin Muhyiddin ni jenis manusia yang malas baca buku dan laporan hingga laporan yang dikeluarkan oleh jabatannya sendiri - JPM (Jabatan Perdana Menteri) - dia tidak baca! Atau dia TPM buta huruf? Kesian...kesian.....

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.