Friday, October 23, 2009

Subsidi Petrol - Jangan Ada Politik Busuk!!!

Saya tidak dapat memberi tumpuan 100% terhadap ucapan bajet PM petang tadi. Ini kerana ketika itu 80% masa saya memegang stering dalam kenderaan. Mana mata nak beri tumpuan terhadap jalan, mana telinga nak mendengar suara Najib. Yang isteri pula asyik bertanya: eh, tahun ni tak ada bonus ke?

Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Najib kerana beberapa penambah baikan yang cuba dilakukannya menerusi bajet sulungnya itu. Ya lah, kalau benda baik, apa salahnya kata baik. Cuma yang boringnya ialah banyak sangat program 1Malaysia dalam bajetnya itu. Buat itu, buat ini, seperti yang diumumkannya, semuanya atas nama 1Malaysia. Alahai, macamlah kering idea sangat, sampai tak ada nama lain untuk program itu ininya itu.

Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam bajet Najib ialah kisah subsidi minyak, kerana maklumlah setiap hari kita menelan minyak berliter-liter. Kata Najib, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar.


Tak adil, katanya minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Oleh itu kerajaan akan memperkenalkan satu sistem subsidi bagi memastikan hanya kumpulan sasar yang berkelayakan saja menikmati subsidi minyak.


Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan mengguna pakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.Bagaimanapun cara bagaimana ia dilaksanakan, cara bagaimana untuk menentukan hanya kumpulan sasar yang berkelayakan saja menikamati subsidi ini tidak pula diterangkannya. Ini yang suspens nih!

Bukan apa, saya khuatir apa yang jadi dengan beberapa pemberian subsidi dan bantuan itu ini sebelum ini berulang dalam pemberian subsidi petrol yang bakal dilaksanakan itu. Seperti cerita baja subsidi, yang banyak dapat ialah penyokong parti cap dacing, penyokong parti cap-cap bukan dacing atau tak ada cap dinafikan hak mereka, walaupun menepati syarat. Begitu juga rumah PPRT, projek jalan kampung, bantuan niaga dan sebagainya, kumpulan sasaran cap dacing saja yang banyak mendapatnya. Malah mereka yang bukan dalam kumpulan sasaran, asalkan penyokong cap dacing tiba-tiba tersasar dan layak menerima segala kemudahan itu.

Harap-harap perkara itu tidak berulang dalam pemberian subsidi petrol ini. Biarlah 1Malaysia 1Subsidi - semua yang layak, berhak mendapatnya. Jangan ada elemen politik busuk dalam pemberian subsidi petrol !

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

baginda® said...

iolah kate najib tu... tol murah pengguna touch n go pun susah... ni kan nak control penggunaan myk.. kite tengok.. anyway usaha yg bagus v\cume selama nih cakap mmg depa paling bagus tapi bile buat... HAMPEH

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.