Thursday, November 12, 2009

Alahai....Cekap dan Cepat Bertindak Pun Salah?

Bernama menyatakan bahawa PR terus 'bersandiwara' apabila cabaran yang dibuat oleh Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin terhadap Naib Presiden PKR R.Sivarasa supaya meletak jawatan semalam, diselesaikan dalam tempoh yang sangat singkat.

Saya hampir tersedak membaca kenyataan syarikat berita nasional negara itu. Mujurlah cucur kodok dalam mulut itu sempat dikunyah halus, jika tidak silap-silap masuk hospital kerana tertelan cucur kodok! Saya hairan mengapa kes yang dapat diselesaikan dengan begitu cepat dianggap sebagai satu sandiwara? Sebelum ini pun kenyataan bahawa 'itu semua sandiwara Pembangkang' juga timbul bila beberapa kes 'ribut dalam cawan' yang membabitkan  Pas, PKR dan DAP diselesaikan dalam tempoh yang cepat. 

Jika lepas ini pertelagahan tempohari antara Zulkifli dan  Khalid Samad juga berjaya diredakan, pasti kenyataan yang sama keluar dari mereka: PKR dan Pas bersandiwara lagi! Atau jika lepas ini, isu antara blogger Kickdefella dan Ariffahmi (menantu Nik Aziz) juga selesai, itulah juga yang mereka sebut: sandiwara Pas!


Habis jika semuanya sandiwara, apa yang tidak sandiwaranya? Apakah jika ada pemimpin yang sarat dengan sifat karisma, dihormati oleh semua peringkat, bijak bertindak dan dapat menyelesaikan masalah dengan segera, maka kita menyifatkan kecekapannya bertindak itu sebagai satu sandiwara? Apakah sesuatu isu yang gagal diselesaikan berminggu-minggu, berbulan-bulan dan mungkin bertahun-tahun oleh pemimpin berkenaan, maka baru ia layak diiktiraf sebagai 'bukan sandiwara'? Seperti kes pertelagahan dalam MCA dan MIC, adakah itu bukti bukan sandiwara selepas pemimpin tertinggi BN gagal menyelesaikannya dalam tempoh yang sangat lama?


Itulah anehnya Malaysia: kecekapan mengatasi masalah dianggap sebagai sandiwara, lembab menyelesaikan masalah dianggap sebagai satu kisah benar. Kerana begitulah agaknya budaya Malaysia: kita sentiasa lembab dan enggan mengiktiraf kecekapan  bertindak.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.