Saturday, November 7, 2009

Apa Nak Jadi Ni, Depa Bergasak Balik!!!

Justify Full
Saya sangat tak faham tentang ilmuan Islam kita ni. Dua hari lepas nampaknya semuanya kembali 'cool' antara Dr Asri dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), tapi kelmarin mula bergasak balik. PGSM dalam kenyataan terbaru menyatakan akan menarik balik permohonan maaf kepada Dr Asri dan meneruskan penghantaran memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. Sebagai tindak balas, Dr Asri pula akan meneruskan saman terhadap PGSM. Yang menariknya sidang akhbar PGMS pun turut kecoh apabila ada ahli PGMS yang tidak bersetuju dengan pendirian boss mereka dan mengugut akan menyaman Persatuan mereka sendiri!

Dan isu ini menjadi lebih kalut apabila tokoh politik yang semakin terpinggir pun ingin kembali menunjukkan taringnya yang kian luntur itu. Siapa lagi jika bukan al-ustaz Sheikh Shahidan Kasim yang ikut serta memanaskan pertelagahan antara ilmuan-ilmuan Islam itu dengan membuat pelbagai kenyataan.

Itu baru kes memorandum, belum lagi masuk teguran terbaru Dr Asri terhadap JAIS yang dikatakan tidak bijak menangani isu Dr Xavier berceramah dalam Masjid Seri Andalas. Kalau campur semuanya, aaah...nampak gawat betul peperangan antara ilmuan-ilmuan Islam kita ni.

Saya tidak tahu sama ada ribut dalam baldi antara ilmuan-ilmuan Islam kita itu diikuti oleh mereka yang bukan Islam. Jika mereka mengikutinya....aduh, malunya kita orang Islam! Jika yang bercakaran itu hanya sembang kedai kopi yang membabitkan mereka yang tidak begitu tinggi ilmu agamanya tak apa, tapi ia melibatkan mereka yang ada ijazah kedoktoran, ada gelaran Datuk, ada tauliah peguam syarie....aduuuh!!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.