Sunday, November 15, 2009

Apabila Azmin Jadi Menantu Rafidah dan Pak Lah

Kelmarin  Naib Presiden PKR, Azmin Ali menafikan pemilikan saham RM8.5 juta melibatkan keluarganya. Bagi saya, tidak perlu sangat Azmin kecoh-kecoh menafikan hal itu. Bagi yang tahu, depa tahu ia bukan isu baru, ia isu lama - isu zaman reformasi  akhir tahun 1990an dahulu. Sama lamanya dengan isu anak perempuan Azmin yang dikatakan sebenarnya anak Anwar. Tapi siasat punya siasat, kedua-dua isu ini ternyata meleset - tiada bukti Azmin mengumpul kekayaan secara tidak sah dan ujian DNA juga membuktikan memang budak yang difitnah itu adalah anak sah Azmin.


Kini selepas 1 dekad, isu lama itu diputar balik. Pastinya ia untuk mewujudkan persepsi serong terhadap Azmin. Yang seronoknya dokumen mengenai butiran saham RM8.5 juta itu dihantar oleh 'seseorang' kepada bekas Ketua Pemuda MIC, Vicknewaran, yang dia sendiri tidak kenal. Maknanya ia dokumen hantu, hantu saham yang telah mati sejak tahun 1998 kerana tiada bukti, kini dihidupkan kembali oleh Tok Pawang.


Bila cakap tentang saham, teringat cerita  Rafidah Aziz yang meluluskan pemberian saham kepada menantunya, Fazrin Azwar, yang bernilai berjuta-juta ringgit. Juga tentang 10 juta pegangan saham Khairy Jamaludin dalam ECM Libra  yang kemudian dijualnya.


Kini kedua-dua isu pemilikan saham orang kuat dan bekas orang kuat Umno ini telah senyap. Yang paling heboh dulu pastinya kisah Rafidah dan pemberian saham kepada menantunya itu, kerana kes ini telah disiasat oleh Peguam Negara yang mendapati ada bukti untuk ia dibicarakan di mahkamah. Tapi tup-tup, ia disenyapkan begitu saja.


Alahai Azmin, jika dia itu menantu Rafidah, tentu tidak perlu dia bersusah payah menafikan cerita pemilikan saham itu. Jika Azmin menantu Rafidah atau menantu Pak Lah, cerita saham ini tidak akan keluar dalam akhbar, kerana ia cerita lama, kerana dia menantu Rafidah dan Pak Lah.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.