Sunday, November 29, 2009

Awat Depa Buat Macam Tu Kat Ustaz Azizan?
















Kerja siapa wajah Dato' Azizan tanpa muka?


Petang tadi ketika hendak pulang ke kediaman saya di Alor Setar, pandangan saya tertarik kepada satu billboard berdekatan Bulatan Jalan Stadium. Di situ biasanya tertegak beberapa billboard antaranya yang menunjukkan gambar Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak yang bertengkolok bersama satu permata hadis mengenai 'rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara'. 


Namun petang ini saya lihat muka Dato' Azizan yang segak bertengkolok itu sudah tertanggal dari dada billboard. Yang masih wujud di atas billboard cuma tengkolok beliau bersama hadis  riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi mengenai 'lima perkara' itu sahaja.


Saya terpaksa membuat satu pusingan untuk melihat sekali lagi apa yang sebenarnya terjadi dengan gambar Datuk Seri Azizan itu. Setelah mendekati, nampak jelas poster wajah Ustaz Azizan atas billboard itu yang memang sengaja dikoyak oleh seseorang hamba Allah. Siapa punya kerja tiada siapa yang tahu. Apa nawaitunya ketika mengoyak juga tiada siapa yang tahu. Yang pasti cuma dua perkara - pertama, si-pengoyak tidak menyenangi MB Kedah dan yang kedua si-pengoyak itu seorang pengecut dan bukan dari kalangan orang cerdik. Saya katakan si-pengoyak pengecut dan bukan orang cerdik, kerana orang berani dan cerdik biasanya akan menggunakan medium lain bagi menyalurkan ketidak puasan hatinya. Orang berani dan cerdik mungkin akan ke pejabat MB, jika tidak dapat jumpa MB sekalipun mungkin dapat berjumpa Setiausaha Sulitnya. Orang berani dan cerdik juga mungkin akan mengemukakan memo ke pejabat MB atau berjumpa wakil rakyat  bagi mengadu perkara-perkara berkaitan rasa tidak puashatinya terhadap  MB. Orang berani dan cerdik juga seperti anda yang membaca blog ini mungkin akan menggunakan internet bagi meluahkan rasa marahnya.


Tapi orang pengecut dan kurang cerdik melakukan seperti apa yang dilakukan di billboard berdekatan Bulatan Jalan Stadium itu - koyak poster bagi melempiaskan kemarahannya. Dan kerana ia dilakukan secara pengecut dan tidak cerdik, tiada siapa tahu apa sebab dia melakukan begitu. Kesian dia....



~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.