Monday, November 9, 2009

Bai'ah Talak Pas Popular Hingga Ke Indonesia!!

Sudah kira-kira seminggu saya terbaca dalam beberapa media dan blog yang mendakwa PAS mewajibkan para calonnya untuk berbai'ah (ikrar) untuk taat setia kepada parti. Antaranya dilaporkan, calon PAS berbai'ah jika beliau menyeleweng dan mengkhianati PAS, maka terjatuhlah talak ke atas isterinya.

Saya tidak tahu bagaimana cerita yang menggemparkan ini mula tersebar. Tapi kononnya ia mula diceritakan  selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberapa blogger pada minggu lepas. Kerana ia topik menarik,  tidak hairanlah ramai yang memberi respons sama ada dalam media massa mahu pun blog, khususnya blog pro-BN mengenainya. Malah malam tadi ketika melayari satu blog popular di Indonesia yang mengumpulkan catatan-catatan dalam blog-blog popular negara itu, saya juga terbaca cerita tentang bai'ah talak itu. Wah hebatnya Pas, cerita ini tersebar hingga ke Indonesia!


Hari ini saya terbaca dalam Harakahdaily yang melaporkan PAS sedang menyiasat amalan bai'ah talak itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu.



Baguslah jika Pas ingin menyiasat isu bai'ah talak itu. Penyokong parti itu pasti ingin tahu sama ada ianya cerita benar dan jika tidak benar siapa pihak yang mereka-reka cerita sehingga ia nampak seperti benar itu

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya ada ulas di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/11/edisi-pagi-pelik-apabila-muslimat-pas.html

harap dapat respon kawan2

tq

pendikar gunung kriang said...

Saya sudah baca tulisan saudara, terima kasih.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.