Thursday, November 5, 2009

Jom Sertai Kelab Artis Penyokong Dr Asri!!

Nampaknya nama bekas Mufti Perlis, Dr Asri, begitu meletup, begitu popular sejak isu penahanannya beberapa hari lepas. Ramai yang menyokongnya sama ada secara terus terang atau dibuat secara berhati-hati dan berlapik. Dari pemimpin tertinggi Umno, Pas, PKR, NGO termasuk Sister In Islam, seperti berada di belakangnya. Cuma pemimpin-pemimpin DAP, Gerakan, MCA, MIC, PPP, PBS yang belum nampak menyatakan pendirian. Nampaknya ramai seperti berduyun-duyun mahu mengiklankan mereka berdiri teguh di belakang bekas mufti muda itu. Sama ada sokongan itu dilakukan secara jujur atau masing-masing ada agenda tersendiri, hanya Allah yang tahu. Tapi apa yang istimewanya isu Dr Asri sudah jadi seperti isu nasional!

Yang terbaru dan yang terhangat, kabarnya beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor sedang menyediakan usul terhadap JAIS untuk dikemukakan kepada Sultan. Menteri Besar Selangor pula telah meminta kepimpinan JAIS mengadap Sultan bagi menjelaskan isu berkenaan. Di Perlis pula, bekas Menteri Besarnya, Shahidan Kasim telah membuat laporan polis terhadap mereka yang 'memfitnah' Dr Asri.

Tidak cukup dengan kalangan politik dan NGO, kini artis-artis pula menyatakan pendirian menyokong Dr Asri. Jangan terkejut kerana sebahagian artis yang menyokong ulamak muda itu ialah kalangan mereka yang penampilannya langsung tidak melambangkan seorang Islam yang taat kepada agamanya dan seperti tidak pernah mengikuti ceramah agama. Pelik, kan? Tapi begitulah hebatnya aura Dr Asri. Terbaru kumpulan artis ini telah menubuhkan Kelab Penyokong Dr Asri yang diketuai oleh pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria yang membuka laman web FaceBook khusus mengenai Dr Asri. Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ yang baru sahaja dilancarkan semalam turut memuatkan artikel dan video berkaitan Dr Asri. Beliau juga telah menyeru orang ramai yang menyokong Dr Asri menyertai kelabnya.


Laman web 'Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin' dilancarkan oleh pengurus artis, Aszuad Zakaria semalam. -foto ihsan mStar


Anda yang berminat hendak menyertai kelab tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap Dr Asri dipersilakan. Sesiapa pun boleh menyertai kelab tersebut kerana tiada syarat untuk menyertai kelab yang dipimpin oleh artis itu. Tidak kiralah andaJustify Fullseorang Perdana Menteri, wakil rakyat , pemimpin politik,
atau ulamak berserban besar; para artis pasti mengalu-alukan sokongan anda!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.