Thursday, November 19, 2009

Kalu Macam Nie Susahlah Staf SPRM Nak Buat Overtime!!

       


mStar melaporkan Mahkamah Tinggi  hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan lagi menyoal siasat saksi semalaman seperti amalan sekarang.  Sebaliknya soal siasat hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Aduhai, ia berita buruk untuk anggota SPRM. Pertama, waktu bekerja yang paling seronok ialah waktu dinihari  selepas jam 12.00 tengah malam, kerana ketika itu tiada gangguan telefon, tiada gangguan dari boss untuk buat itu buat ini dan tiada meeting yang kadang-kadang sekadar untuk menghabiskan gula dan teh itu. 

Soal siasat lepas jam 12.00 malam juga kerap menjanjikan penghasilan terbaik kerana ketika itu orang yang kena siasat sudah letih fizikal dan mental dan justru lebih mudah mendapatkan pengakuan bersalah dari mereka dalam keadaan begitu.

Selain itu, kerja lepas jam 12.00 malam memudahkan anggota untuk menununtut kerja lebih masa (overtime) untuk membayar hutang kereta, hutang karpet, hutang TV plasma dan hutang-hutang lain termasuk hutang untuk mengadakan kenduri kahwin dulu.


Tapi kini Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan yang tidak membantu anggota SPRM tersenyum. Tapi apa nak kata, itu keputusan mahkamah, mahkamah yang tidak memahami masalah SPRM, mahkamah yang tidak berpengalaman buat kerja tak senonoh di waktu malam.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.