Monday, November 16, 2009

Kota Seputeh Tak Jadi Kosong dan Kembali Kepada BN?

http://media1.malaysiakini.com/205/375ba5f9e9a45c7a1627d5546c4b78b3.gif

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan kerusi DUN Kota Seputeh kosong dan suatu pilihanraya baru bakal diadakan. Pasti ramai penyokong PR dan Pas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu kerana melihat ada peluang untuk merebut kerusi yang dikuasai oleh BN tersebut, walaupun belum tentu jika pilihanraya semula diadakan, Pas akan memenanginya.

Tapi yang tidak seronoknya ialah berita terbaru menyatakan SPR akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR mengenai penangguhan keputusannya itu pada hari Jumaat ini.


"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kerusi Kota Seputeh kosong)," katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian Online petang tadi.


Jadi begitulah senarionya: petang tadi Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong. Hari Jumaat ini pula SPR akan memohon keputusan Mahkamah Tinggi itu ditangguhkan. Jika bernasib baik, pada hari Jumaat ini Mahkamah Tinggi akan memutuskan keputusan petang tadi ditangguhkan hingga satu keputusan lain dibuat kemudiannya. Jika penangguhan keputusan itu dibuat, ia akan membuka jalan selepas itu untuk SPR mengemukakan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi. Maka jika bernasib baik, mahkamah akan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi tadi khilaf dan terbatal. Maka, akhirnya BN akan kekal menguasai kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan Sarif yang ponteng sidang itu akan dikembalikan jawatannya.



Jika senario di atas berlaku, ia akan mengulangi apa yang berlaku di Perak dahulu: mula-mula Mahkamah Tinggi isytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah menggantikan Zambery, tetapi BN kemudiannya membuat rayuan dan akhirnya Zambry kembali menjadi Menteri Besar Perak.


Apakah apa yang berlaku di Perak akan berulang di Kota Seputeh?


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.