Sunday, November 8, 2009

Jangan Takut Siasat Menantu Nik Aziz, Kerana Dia Bukan Anak Menantu PM dan Bekas PM!!

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/08/doa-nik-aziz.jpg

Laporan Bernama menyebut Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terpulanglah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didakwa oleh seorang penulis blog melakukan pecah amanah. Beliau seterusnya berkata sekiranya dakwaan itu benar, beliau sendiri akan mengucapkan terima kasih kepada penulis blog terbabit.

Begitulah pemimpin berjiwa besar, anak menantu adalah sama, tidak terkecuali di sisi undang-undang! Sama seperti Saidina Umar al-Khatab yang berani menghukum anaknya Ubaidullah yang dituduh berzina, Nik Aziz juga tidak akan mempertahankan menantunya jika terbukti beliau bersalah. Yang selalu kelihatan mempertahankan anak menantu mereka ialah pemimpin-pemimpin yang dijiwanya terselit keris bengkok Umno itu.


Oleh itu, kepada SPRM jangan ragu-ragu dan bimbang untuk menyiasat dan jika perlu, menangkap Ariffahmi, menantu Nik Aziz itu, jika buktinya mencukupi. Jangan takut untuk menyiasat menantu Nik Aziz, kerana dia bukan Mukhriz Mahathir atau Mirzan Mahathir, kerana dia bukan Khairy Jamaludin dan kerana dia bukan Rosmah Mansur yang tangan-tangan ghaib sentiasa melindungi mereka!!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.