


Malam tadi saya ada tulis dan buat ulasan dalam blog ini mengenai petikan berita Bernama bertajuk, "Pas Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Nik Aziz". Berita Bernama itu mempunyai tajuk yang menarik, tapi isi kandungannya tidak membawa erti besar. Cuma adalah sedikit disentuh oleh Bernama dalam 5 baris ayat mengenai khabar angin perletakan jawatan menantu TG Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi dan Husam Musa:
Ketika membaca tajuk berita Bernama itu, saya sudah meramalkan pasti ada wartawan pembodek BN akan membesarkan berita yang tidak membawa makna apa-apa itu. Ramalan saya tidak meleset apabila hari ini saya melihat tajuk besar di muka hadapan dalam Mingguan Malaysia:
"Husam Letak Jawatan?"
Malangnya berita mengenai 'pergolakan' dalam Pas itu hanya menarik Mingguan Malaysia saja. Berita Minggu, New Sunday Times, Star, Sinar Harian dan lain-lain tidak menjadikan ia sebagai berita besar, mungkin kerana ia cuma cerita di balik secangkir khabar angin saja. Mungkin ia berita kecil yang yang tidak penting bagi akhbar-akhbar itu.
Tapi Mingguan Malaysia? Rupanya ia berita penting untuk Mingguan Malaysia. Berita yang hanya ditulis dalam 5 baris oleh Bernama sebaliknya diulas menjadi 45 baris oleh Mingguan Malaysia!
Tapi jika dibaca keseluruhan isi berita dalam Mingguan Malaysia itu pun, tidak ada apa isu besar yang dibangkitkan. Tidak pun disentuh berita yang mengesahkan Husam akan meletak jawatan. Yang ada disebut cuma Husam tidak sihat dan akan menjalani pembedahan tulang belakang.
Namun akhirnya di hujung beritanya Mingguan Malaysia mengaku apa yang dilaporkan itu cuma 'khabar angin'. Aduhai, terpedaya aku membaca berita itu, rupanya ia hanya khabar angin, detik hati saya. Alahai....rupanya ada akhbar established yang mungkin kerana hampir muflis terpaksa menjadi pedagang khabar angin!
~ pendikar gunung kriang
1 comment:
Tak lama lagi jadi SURAT KABAR LAMA lah tuuu
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.