Wednesday, November 4, 2009

Najib Bercakap Tentang Moral? Ha...Ha...Ha...



Sejak menjadi Perdana Menteri, barangkali inilah kali pertama Dato Seri Najib Tun Razak melenting dengan kakitangan Kerajaan. Hari ini tiba-tiba Najib mengecam kesatuan yang memperjuangkan kebajikan kakitangan Kerajaan - CUEPACS - yang meminta Kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada mereka. Najib berkata adalah salah di segi moral untuk CUEPACS meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta telah dibuang kerja.

Saya tidak ingin komen mengenai permintaan CUEPACS yang kata Najib tidak sesuai dengan masa itu. Saya juga tidak mahu komen tentang betapa banyaknya projek dan tindakan Kerajaan yang kelihatan sangat membazir ketika "negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta telah dibuang kerja", seperti yang diungkapkan Najib.

Saya tidak mahu komen apa-apa tentang dua perkara itu. Cuma apabila Najib bercakap tentang MORAL saya tidak boleh menahan diri untuk ketawa besar. Najib dan MORAL, Najib dan MORAL, Najib dan MORAL.

Benarkah apa yang saya saya baca di media Najib bercakap tentang MORAL? Benarkah apa yang saya lihat dan dengar di TV sebentar tadi Najib bercakap tentang MORAL?

Moral...moral...moral...dan ia diucapkan oleh Najib? Ha....Ha...Ha.....

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Moral di PD & moral di Mongolia?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.