Thursday, November 12, 2009

Najib Buktikan CUEPACS Memang Tak Bermoral!

 http://2.bp.blogspot.com/_0fSuMnq0F3M/RlSNMKEz2SI/AAAAAAAAI0Q/9xgFb0rXe7s/s320/z3++Cuepacs+pres_resize.jpg
malang....dah ler tak bermoral, tak dapat bonus lak!!


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman dengan wajah muram muncul dalam berita TV sebentar tadi, memaklumkan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini. Pengumuman tersebut dibuatnya sejurus selepas menemui PM Datuk Seri Najib di bangunan Parlimen petang tadi.

Omar Osman seterusnya  berkata Najib bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.



Sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan? Ya, itulah jawapan 'berlapik' yang paling mudah untuk menyedapkan hati kakitangan awam. Memberi mereka harapan ketika sebenarnya memang tidak ada harapan pun untuk mendapatkan bonus. Bagaimana hendak bayar bonus ketika kerajaan sedang menghadapi penguncupan ekonomi yang begitu ketara, ketirisan peruntukan pembangunan kerana terlalu banyak orang tengah yang perlu diberi makan, rasuah yang berleluasa dan sebagainya. Sebab itulah Najib yang pening kepala (hingga bilangan uban di kepalanya kelihatan makin bertambah dengan sangat ketara sejak akhir-akhir ini) minggu lepas menyelar tuntutan bonus CUEPACS itu sebagai 'tidak bermoral'. 

Dan hari ini Najib membuktikan betapa 'tidak bermoral'nya CUEPACS apabila menyatakan permohonan bonus yang 'tidak bermoral' itu  memang   tidak boleh dilayan!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.