Tuesday, November 24, 2009

Nazri, Tak Kan Pi Market Pun Naik Nuri Kot?

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/AS-532_Cougar_kzlsngr3.JPG/800px-AS-532_Cougar_kzlsngr3.JPG

Parlimen diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin layak menggunakan pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Katanya garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawatpesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Menurutnya lagi antara asas pertimbangan kelulusan permohonan adalah bagi perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat,


Saya setuju apa yang Nazri katakan itu. Sebenarnya bukan rakyat nak pertikaikan PM atau TPM layak atau tidak menggunakan pesawat Nuri. Mereka memang layak jika menggunakan untuk kegunaan rasmi. Yang menjadi peroalan ialah apabila PM atau TPM menaiki jet eksekutif atau pesawat Nuri untuk menghadiri majlis yang sah memang anjuran BN. Ia banyak berlaku terutama di musim pilihnraya, tidak kira pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Kawasan yang mereka pergi pula bukan kawasan terpencil dan tidak dapat dihubungi.

Sekarang ini PM dan TPM menggunakan pesawat Nuri  macam menggunakan kereta peribadi milik mereka sendiri. Majlis tidak rasmi, majlis anjuran parti dan pergi ke kawasan tidak terpencil menggunakan Nuri perkara biasa. Jangan nanti hantar cucu dan anak saudara ke sekolah pun  gunakan Nuri atau pergi market beli ikan pun gunakan Nuri sudahlah.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.