Wednesday, November 11, 2009

Pas Vs PKR: Apo Nak Dikato?

  VS
     Khalid                                                 Zulkifli


1 PKR heboh beberapa hari ini dengan kisah Zulkifli Nordin vs Sivarajah. Kemuncaknya apabila Zulkifli mencabar Sivarajah bertanding letak jawatan beliau sebagai Naib Presiden PKR dalam tempoh 24 jam dan  bertanding satu lawan satu dengannya. Saya agak terkejut dengan cabaran itu, macam budak-budak ajak bertumbuk masa kita kanak-kanak dulu!


Tapi isu  Zulkifli  vs Sivarajah itu seperti telah selesai selepas campur tangan Penasihat PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim. Petang kelmarin Anwar berkata beliau telah menemui Zulkifli untuk mendapatkan penjelasan dan hasil pertemuan itu beliau berpendapat bahawa cabaran itu adalah tidak perlu.

Habis isu Zulkifli vs Sivarajah, kini timbul pula isu Zulkifli vs  Khalid Samad mengenai isu baiah cerai yang kononnya berlaku dalam Pas.  Khalid meminta Zulkifli  menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan "bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian". Tapi Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana "Baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu".

Jika kes pertelagahan Zulkifli dengan  Sivarajah telah berjaya diselesaikan oleh Anwar selaku Penasihat PKR di mana kedua-dua mereka adalah ahli parti itu, pertelagahan Zulkifli  dari PKR dengan Khalid dari Pas, siapa pula yang akan menjadi pendamainya? Jika Pakatan Rakyat (PR) sudah terbentuk secara rasmi dan ada Pengerusinya, lainlah, mungkin pertelagahan di antara kedua mereka mudah diselesaikan oleh Pengerusi PR.

Aduhai Pas, aduhai PKR, aduhai PR, apo nak dikato?

~ pendikar gunung kriang

3 comments:

Pak Oncu said...

hahahahhaha look like PR akan merudunnnnnnnnnnn di PRU13,,,, zul nordin baju PR seluar dalam ubn!!!

pendikar gunung kriang said...

Depa memang cari nahas, ada mulut tak pandai jaga!!

mat juhar said...

semenjak dua menjak ni PR ada masalah je, saya rasa ni mesti ada dalangnya yang nak melihat kekalutan PR. Wahai ahli dan pemimpin PR sedarlah, muhasabah diri demi kepentingan objektif yang hendak dicapai.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.