Tuesday, November 17, 2009

Pemilikan Saham Azmin - RM2 Juta Atau Cuma 2 Sen?







Hari ini,  Anuar Shaari yang merupakan bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis berhubung pemilikan saham antara tahun 1992-1994  oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah angka RM2 juta.

Yang saya hairan tentang pemilikan saham ini ialah jumlahnya. Minggu lepas,  Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham pada awal 1990an melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar yang mencecah RM8.5 juta. Pada tahun 1998, Azmin pernah dihadapkan dengan tuduhan yang sama, dengan nilai perolehan saham yang dikatakan sebanyak RM400 juta, menyebabkan dia telah ditahan untuk siasatan polis selama kira-kira seminggu. Tapi akhirnya Azmin dibebaskan kerana tiada bukti beliau melakukan perkara itu.


Yang menghairankan mengapa angka pemilikan saham oleh Azmin berubah-ubah, dari RM400 juta pada 1998, minggu lepas RM8.5 juta dan hari ini menjadi RM2 juta pula? Mungkinkah mereka yang kerjanya menilai pemilikan saham Azmin itu tidak cukup profesional atau lemah dalam akaunting dan matematik, menyebabkan hendak mengira pun tidak mahir. 

Mungkin juga minggu depan ada lagi yang akan tampil untuk membuat tuduhan terhadap Azmin, tapi jumlahnya akan menjadi semakin menguncup, dari RM2 juta menjadi RM200,000, kemudian RM20,000, kemudian lagi RM200, lepas itu RM20, RM2 dan akhirnya cuma tinggal 2 sen?


Dan jika Azmin didapati bersalah kerana memiliki saham yang secara tidak sah sebanyak 2 sen, agak-agak apa hukuman terhadapnya - penjara 20 tahun atau 200 tahun?


Aduhai...bertuahnya aku kerana masih diberi nafas oleh Allah untuk menyaksikan lawak jenaka dunia ini!!!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.