Monday, November 2, 2009

Pemimpin Umno, Pas, PKR dan SIS Sokong Dr Asri!!!


Lebih 100 individu memenuhi perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, pagi ini, untuk memberi sokongan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sister In Islam, Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta beberapa orang peguam.

Mohd Asri ketika dihubungi berkata, beliau tiba di pejabat tersebut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun sehingga kini, masih belum ada sebarang pegawai yang muncul untuk mengambil keterangannya.

"Beberapa peguam yang hadir juga ada menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman kepada saya," ujarnya.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Justify Full(Sumber: star online)

pendikar gunung kriang: Waah....hebatnya Dr Asri, beliau berjaya mengumpul pengikut dan peminat yang merentasi kepelbagaian idealogi dan fahaman politik. Penahanan Dr Asri berjaya menimbulkan simpati dari khalayak yang bukan sahaja dari tokoh agama, malah parti politik termasuk Pas, PKR dan Umno. Malah Zainah Anwar - pengasas SIS - pertubuhan yang pernah dibedal oleh Dr Asri pun datang memberi sokongan moral.

Tidak kiralah Dr Asri itu berfahaman Wahabi, Kaum Muda atau apa-apa fahaman, tetapi ketelusan dan keberaniannya memberikan pandangan agama menarik perhatian ramai orang. Harap Dr Asri terus begitu - neutral dan berani! Tidak perlulah masuk kandang Pas, PKR atau Umno kerana ia akan membataskan ilmu yang disebarkan.

4 comments:

Anonymous said...

Maaf cakap. Macam mana dia boleh tanya Madey sedangkan madey sendiri pun dah penin, tu la ada TGNA tak mau nak tanya yang mana benar yang mana salah, ni pakai kepala otak sendiri mana boleh cek ooiii dok pi paham hak nu hak ni kena bagi betul jalan. Eloklah tangkap bagi bersih sikit dia punya akai dan hati...

ikhqoi said...

Nk hujah kalau pakai tanpa nama. baik diam.
suka hati lah dia nk tanya saper...

abe MIE 'TERJAH' said...

Fahaman Wahabbi akan memuji pengasasnya dan selalu memuatkan doa seperti di bawah,

Jikalau mengikuti Ahmad dicap sebagai Wahhabi
Maka kutegaskan bahwa aku adalah Wahhabi
Kubasmi segala kesyirikan dan tiadalah ada bagiku
Rabb selain Allah Dzat Yang Maha Tunggal lagi Maha Pemberi


pkrpasdap.blogspot.com

Pak Oncu said...

WAHABI,,,,,,,, fahaman yg sangat sangat BAHAYA,,,,

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.