Monday, November 30, 2009

Polis Pekak Badak Akan Dibekalkan Alat Pendengaran Khas?





"Berdemo dibolehkan kerana ia adalah hak rakyat untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan tetapi biarlah bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati Dewan yang sedang bersidang. Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan.  Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, ". 

Kata-kata di atas dituturkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam sidang akhbar ketika masa rehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri  Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.  Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo dan membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Penyokong-penyokong Umno ini sebahagiannya berwajah ahli MIC, PPP dan KIMMA telah menghamburkan kata-kata kesat, selain membakar gambar Lim Guan Eng.

Ini bukanlah kali pertama penyokong Umno bikin kecoh dan berdemonstrasi. Ia bukan saja berlaku di Pulau Pinang, tetapi di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh PR. Sekurang-kurangnya dua perkara yang menarik perhatian mengenai demo penyokong Umno itu. Pertama, ia dilakukan oleh penyokong parti yang dulu pernah berkata 'demonstrasi bukan budaya kita', tapi kini ia telah menjadi sebahagian dari budaya tetap mereka. Kedua, aksi pekak badak polis  apabila berhadapan dengan demo penyokong Umno. Jika yang berdemonstrasi penyokong PR, awal-awal lagi polis pekak badak itu telah membuat sekatan di sana sini bagi menggagalkan demonstrasi. Tapi jika yang melakukannya orang Umno/BN, polis pekak badak itu buat-buat tidak dengar dan tidak nampak sahaja, hingga di depan pagar DUN pun mereka dibenarkan berkumpul. Tiada tangkapan, tiada sesiapa yang cedera dipukul polis seperti yang mereka lakukan jika ia dianjurkan oleh penyokong PR.


Ini memang benar-benar kes pekak badak. Jika polis yang menjaga ketenteraman itu cuma pekak biasa, pekak manusia, mereka akan bertindak adil tidak kira yang berdemo itu penyokong PR atau Umno. Jika penyokong PR boleh ditendang, dipukul dan pernah ditembak seperti di Terengganu dulu, mereka juga akan melakukan perkara yang sama terhadap penyokong Umno. Tapi kerana mereka ada penyakit pekak badak, mereka hanya bertindak macam badak, menyondol jika nampak sesiapa yang tidak disukai saja.


Jika penyakit pekak biasa ada alat bantu pendengaran, saya tidak tahu sama ada penyakit pekak badak ini ada sesuatu alat bagi memulihkan pendengaran polis yang menghadapinya. Mungkin Syarikat PekakBadak 1Malaysia boleh membekalkan alat bantu pendengaran khas untuk anggota-anggota polis kita.


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

armouris said...

info tentang alat bantu pendengaran kat sini - Jenis-jenis Hilang Pendengaran

pendikar gunung kriang said...

armouris,

Terima kasih, harap Kerajaan-kerajaan Negeri dapat membekalkan alat-alat tersebut kepada pasukan polis kita.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.