Saturday, November 14, 2009

Raja Permaisuri Agong Ditahan Di Hospital Kerana dot...dot...dot?

http://farm4.static.flickr.com/3289/2843966211_71d2b794fa.jpg?v=0

Saya agak hairan dengan sikap sesetengah kita yang berahsia sesuatu perkara tanpa alasan kukuh. Jika parti politik main rahsia-rahsia, itu boleh difahami, mereka berahsia-rahsia sebagai satu strategi politik.

Tapi apabila berahsia mengenai kesihatan seorang, ia mendedahkan kepada spekulasi. Dan spekulasi sangat bahaya, kerana walaupun kadang-kadang ia benar, tapi banyak kali, ia sangat tidak benar. Apa lagi, jika ia membabitkan kesihatan personaliti tertinggi negara kerana apabila  membiarkannya  sebagai misteri boleh mengundang kepada100 spekulasi ngeri!


Begitulah juga dengan berita Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court di sini sejak 5 hari lepas, ia menimbulkan pelbagai spekulasi kerana tiada pengesahan apa sakit sebenar yang menyerang baginda. BERNAMA melaporkan baginda masuk ke hospital hanya 'atas sebab-sebab kesihatan'. Ya lah, tak payah ceritalah orang masuk wad  'atas sebab-sebab kesihatan' sebab semua orang masuk wad dari dulu hingga sekarang mesti atas sebab-sebab kesihatan. Mana ada orang masuk hospital hanya untuk tidur atau makan percuma atau untuk suka-suka kerana jemu tinggal di rumah? Hanya doktor bangang dan tidak siuman saja yang membenarkan seseorang pesakit ditahan di wad hanya untuk suka-suka dan bukan atas sebab-sebab kesihatan. 

Saya ada dengar kononnya  Raja Permaisuri Agong dimasukkan ke hospital kerana dot...dot...dot (tak boleh cerita dalam blog ini, kerana takut jika salah kena saman!). Tapi hendak salahkan saya yang mendengar cerita itu dan pencerita yang menyampaikan cerita itu kepada saya, tak boleh juga. Ini kerana bila tidak ada penjelasan rasmi, maka timbullah spekulasi. Oleh itu jangan sesiapa salahkan spekulasi apabila membiarkan kisah kesihatan Raja Permaisuri sengaja dijadilan misteri.

Patutnya pihak berkenaan, tidak kira Istana Negara atau Kementerian Kesihatan  perlu beritahu rakyat apa penyakit  sebenar Raja Permaisuri Agong hingga baginda terpaksa menerima rawatan di wad. Apa salahnya beritahu baginda ditahan di wad kerana demam, sakit perut, selsema, batuk-batuk atau sebagainya. Baginda itu orang penting negara, apa yang berlaku kepadanya rakyat di bawah pemerintahan baginda berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana semua rakyat menyayangi baginda.


Apa pun, diharap Raja Permaisuri Agong segera pulih dan sihat seperti sediakala.



~ pendikar gunung kriang

4 comments:

Sukj said...

Salam bro,

Aku copy yang ni. Tq

pendikar gunung kriang said...

copylah, asal jangan caya dengan spekulasi dah ler.

cikbedahlaser said...

wow...dasat nye ayat...
marah ke??

hamba Allah said...

uit, ak dgr permaisuri agung msuk osptal sbb stress sgt. ye lah, kalau dh suami kawin dua, isteri mn x skt ati. last2 msuk ospital.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.