Wednesday, November 11, 2009

Selepas Pas Diasak Kiri Kanan, Kedah Semakin Makmur

Saya copy & paste artikel di bawah yang saya petik dari KedahLanie. Sebagai  salah seorang warga Malaysia  yang kini bermastautin di Kedah, saya juga tidak nampak isu-isu gempaq  mengenai Pas dan PR yang digembar-gemburkan dalam media telah  menggoyangkan kesejahteraan hidup rakyat di Kedah nie. Cuma  jentera pentadbiran negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan, barisan Exco dan kakitangan kerajaan di bawahnya perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan Kedah terus sejahtera dan bukan makin derita di era semua barang naik gila-gila ini. Baca seterusnya....:


Rupa-rupanya dalam kalut dok kena serang kiri kanan, imej PAS khususnya kat Kedah ini tak berapa effect sangatlah. Ya lah, saya sebagai antara golongan professional PAS yg bekerja di sektor perindustrian di Kedah, dek kerana tugasan, hari-hari dok berhubungan dengan pelabur asing yg dok pi mai pi mai bertukar org mai masuk kerja di kilang, saya dok tengok segala makneka serangan politik terhadap PAS tak memberi kesan langsung terhadap pelaburan dan keyakinan depa terhadap kerajaan negeri yg dok ada la nie.

Buktinya, bukan takat satu dua kilang, tapi banyak kilang di Kedah ini khususnya di kawasan industri Kulim Hitech bukan dok kata makin dok ceroi tapi makin dok berkembang pesat lagi dok ada.

Ada satu kilang tu, saya dapat maklumat sedang dalam proses dok bawa masuk mai pekerja-pekerja dia dari negeri di luar Kedah, masuk mai secara berperingkat, target dalam beribu orang. Sedikit hari lagi, boleh jem jln belah kulim ini dengan pertambahan pekerja dan kenderaan akibat pemindahan tenaga kerja dari sebuah negeri lain yg suatu ketika dulu amat sinonim dengan sektor industri ini. Kira hebatlah bila Mat Salleh boleh yakin dengan kerajaan Kedah ini sampai sanggup pindah ribuan pekerja depa masuk mai.

Bila bilangan pekerja bertambah, maka daya beli pun bertambah, ekonomi pun berkembang; misalnya ramai yg akan pi makan kat kedai makan kat sekitar Kulim. Bila tuan kedai makan dapat duit, dia pi beli ikan, tauke ikan dapat duit, dia pi beli baju, tauke baju dapat duit, dia pi beli buah tembikai, dan begitulah seterusnya.

Selain daripada tu, ada satu kilang tu pulak, by early next year (2010), entah berapa billion ringgit lagi entah nanti depa akan bawa masuk mai, pertambahan production line; depa kata kilang tu la ni tengah dok kalut nak cari pekerja, tak tau nak cari mana entah, depa perlu dalam 300 orang lagi Technicians menjelang awal tahun depan. Maka itu, kalau sapa-sapa ada adik beradik atau saudara mara yg akan tamat belajar awal tahun depan sama ada dalam Diploma atau pun Sijil Kemahiran drpd Politeknik ka, ILP ka, IKBN ka, Giat MARA ka, ADTEC ka, IKM ka, kolej teknikal mana-mana ka, bolehlah suruh depa mai belah Kulim Hitech ini mai mintak kerja.

Nak habag kata, KEDAH memang tengah pesat membangun sekarang ini, tengoklah sampaikan orang tak grad lagi pun dah ada kilang dok nganga tunggu depa mai masuk kerja. Mana nak cari keadaan macam ini? dulu masa depa perintah pun tak macam ini rasanya.

Habis tu sapa kata nak kena tukaq kerajaan, baru Kedah nak boleh Senang?

Tak payah tukaq haih, kerajaan negeri hat dok ada la ni pun dah kira senang dah ni.

Cumanya kita mintak kalau boleh, semua EXCO-EXCO yg dok ada tu, pakat pulunlah ikut "kementerian" masing-masing. Setakat ini, dlm bidang industri, YB Amirudin dah prove yg beliau sudah mampu lakukan. EXCO-EXCO lain kita yakin depa pun dah buat ikut tugasan depa masing-masing, kalau tidak sure Kedah tak membangun dan makmur macam dok ada sekarang ini. Tahniah untuk semua.


Ikhlas,
moniermatdin@yahoo.com
10.11.2009
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

3 comments:

Apai Ngelai said...
This comment has been removed by the author.
Apai Ngelai said...

Assalamualaikum pendikar gunung keriang,

Artikel menarik... tapi post tu untuk 'Cover Line' ke? hehehe...... Kedah makmur sejak daripada BN lagi sedara... Zaman tu (sebelum PR ambil alih), pembangunan sektor perindustrian melonjak, daripada pulau pinang diluaskan hingga ke Kedah dengan tujuan untuk baiki taraf ekonomi kerajaan negeri dan menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat di sana.

PR belum masak lagi dengan perancangan pelan ekonomi untuk rakyat di Kedah, memerintah kerajaan negeri pun tak sampai 2 tahun dah nak bermegah. Sedara, kilang2 tu dulu wujud kat Kedah atas usaha siapa? PAS ke?

Sipenulis artikel ni pula, keluh kesah kata kilang sekarang nak cari pekerja tapi jangan lupa bukan di Kedah jer macam tu yop oi.. Kat negeri lain contoh kat Johor, Selangor, penang malah Sarawak pun sekarang tengah gelut nak cari pekerja juga. Turun naik ekonomi dunia itulah puncanya kenapa byk kilang sekarang struggle nak output untuk cope market demand. Bukan kerana PAS tu... Belum lama dulu masa ekonomi dunia merundum, banyak pekerja terpaksa dibuang termasuk kat Kedah, ada ke yang kritik PAS? Paling koman pun lidah puak2 PR tetap gak kata BN gagal memacu ekonomi negara, gawat sebab tak pandai urus kerajaan. Mana tak sedih pemikiran macam ni ada kat penyokong PR.. kan?

Itu lembu punya susu, Sapi nama juga punya...

p/s:maaf terpaksa delete komen pertama nak tambah sikit ayat kat bawah tu :)

pendikar gunung kriang said...

Salam apai ngelai,

Saya akui apa yang kerajaan BN rancangkan semasa memerintah Kedah dulu cukup baik. Yang tak baiknya ialah pelaksanaannya, di mana banyak peruntukan tiris di tengah jalan bagi mengenyangkan rakan taulan dan kroni. Sebab itulah hutang Kedah kepada Kerajaan Persekutuan semasa di bawah BN sentiasa meningkat tahun demi tahun hingga akhirnya di penghujung pemertintahan BN, hutang Kedah meningkat menjadi RM2.09 bilion (bilion apai, bukan milion!). Mana tidak hutang bertimbun, asyik hutang setiap tahun, tapi nak bayar kerajaan di bawah BN tak reti!!

Tapi alhamdulillah belum pun genap 2 tahun memerintah Kedah, pimpinan Ustaz Azizan dengan dasar berjimat cermat dan berbelanja secara telusnya berjaya membayar balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Setahun saja memerintah Kedah, sebanyak RM10 juta hutang berjaya dilunaskan. Itu baru permulaan, dengan berkat doa apai ngelai pasti tahun depan bayaran balik hutang berlipat kali ganda, insyaalah!

Itu cerita bayaran balik hutang, ini cerita hasil negeri pula. Semasa BN perintah dahulu, bajet Kedah ialah bajet defisit, kerana hasil yang dikutip tak seberapa, tapi perbelanjaan bukan main ligat lagi. Mana tak ligat berbelanja jika projek RM10 juta jadi RM45 juta, mana tak ligat berbelanja jika para Exco berlumba-lumba melawat luar negeri atas alasan untuk tarik pelaburan, tapi pelabur tak nampak bayang menjejaki Kedah! Tapi di bawah Ustaz Azizan hasil Kedah tiba-tiba meningkat melebihi perbelanjaan, hingga hutang kepada Persekutauan pun mampu dibayar, "ajaib" tak?

Sebenarnya hasil Kedah meningkat bukan kerana adanya keajaiban, bukan kerana bantuan lampu Aladin, tetapi kerana cara berbelanja yang telus, berhemat dan mengikut peraturan. Contohnya hasil balak. Di era BN, pemimpin terdahulu meluluskan balak tanpa kawalan. Balak ditebang sehingga hampir ke pesisiran empangan Muda dan Pedu yang membekalkan air ke seluruh Kedah. Yang paling ajaib di bawah BN dulu ialah balak diluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang! Sehektar balak yang diteroka oleh syarikat kroni yang untungnya mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit, tapi hanya RM1,000 sahaja premiumnya kembali sebagai hasil Kerajaan Negeri, bakinya masuk poket kroni. Mana nak buat duit kalau begitu gaya mereka urus negeri?

Tapi itu masa BN memerintah. Ustaz Azizan amat memahami permainan ‘politik balak’ di mana wang hasil yang sepatutnya sampai kepada rakyat tapi ia banyak hilang atau tiris di tengah jalan. Ustaz Azizan dengan penuh keberanian mengubah senario ini. Beliau membuka tender balak secara terbuka, menggantikan amalan negotiated tender atau pemberian terus kepada syarikat terpilih. Tender terbuka melonjakkan pendapatan kerajaan negeri. Paling menarik ialah peningkatan hasil hutan ini meningkat hingga 205.5%, saya ulangi: 205.5%, berbanding sebelumnya ketika di bawah BN.

Pendapatan negeri bagi 2007 hanyalah berjumlah RM9.21 juta tapi sebaik Pas memerintah ia melonjak menjadi RM28.14 juta. Bagi sebuah negeri seperti Kedah, ia adalah satu jumlah yang amat besar yang boleh digunakan bagi manfaat rakyat Kedah.

Insyaalah, pengurusan yang baik, bermula dengan polisi yang penuh rasa kebertanggungjawaban kepada Allah serta disambut dengan rasa amanah oleh para pegawai yang berdedikasi pasti akan mengundang rahmat Allah.

Apai kata "lembu punya susu, sapi dapat nama". Tapi apa yang berlaku di Kedah, kami rakyat Kedah tak minum susu lembu, bukan kerana ia tinggi lemak, tapi ia susu peninggalan BN yang sudah basi!

Harap apai sentiasa mendoakan kesejahteraan Kedah yang dipimpin oleh pemerintahan yang bertanggung jawab. Firman Allah “Dan sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan kepadanya pintu berkat dari langit dan bumi…” Surah al-A’raf 96

Maaf apai, kerana jawapan saya agak panjang!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.