Thursday, November 5, 2009

Shahidan: 1Mufti dan 1Sultan sahaja untuk 1Malaysia?

http://4.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/R9veivFwnsI/AAAAAAAAAtA/V-It1CMngl0/s320/shahidan+kasim.jpg
mStar melaporkan mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di Malaysia bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka. Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

Satu mufti untuk satu Malaysia? Mungkin ketika membuat kenyataan itu Shahidan lupa bahawa setiap negeri di Malaysia ada majlis agama Islamnya masing-masing, ada enakmen agama masing-masing, malah ada Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri masing-,masing yang mengetuai urusan agama di negeri masing-masing.

Mungkin Shahidan terlalu terpengaruh dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri, hingga untuk jawatan mufti pun perlu 1Mufti sahaja untuk 1Malaysia. Jika cadangan hanya mewujudkan satu jawatan mufti sahaja di Malaysia yang kata Shahidan akan dibawa ke Majlis Raja-Raja, maka Shahidan juga perlu mencadangkan kepada Raja-Raja agar semuanya berkaitan agama dan adat istiadat Melayu perlu berpaksikan kepada 1 sahaja, termasuk 1Mufti, 1Majlis Agama Islam, 1Jabatan Agama Islam dan 1Sultan sahaja untuk 1Malaysia!

Tapi beranikah Shahidan mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja untuk mewujudkan 1Sultan untuk 1Malaysia bagi menggantikan sistem beraja di setiap negeri seperti sekarang?

~pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.