Friday, November 20, 2009

Umno Kedah Cakap Bahasa Apa Nie?

Malaysiakini melaporkan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata beliau  berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh. Bagaimanapun, Umno yakin jika pilihanraya semula diadakan, BN mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu. Katanya berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi yang menyokong PR tahun lalu kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Saya sangat tak faham apa yang sebenarnya hendak dikatakan oleh orang kuat Umno Kedah itu. Satu segi dia dengan yakin berkata jika pilihanraya semula diadakan, BN  dapat menambah majoriti. Tapi dalam masa yang sama dia berkata tidak perlulah diadakan pilihanraya! 



Jika Bashah benar-benar yakin BN dapat menambah majoriti, tentu beliau tidak sabar-sabar menunggu pilihanraya baru diadakan bagi membuktikan kekuatan parti itu dan seterusnya meraikan kemenangan besar yang dapat memulihkan kembali semangat ahli-ahli Umno/BN yang masih belum pulih itu.


Tapi cakap orang kuat Umno itu bunyinya lain macam. Dia cakap BN yakin menang bergaya, tapi dalam masa yang sama berkata tak payah bertandinglah! Kenapa tak payah bertanding, jika kuat? Tak kan Umno tak ingin bertanding dalam pilihanraya semula kerana tak ingin membazirkan wang kerajaan yang depa kebas sakan masa memerintah Kedah dulu?


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.