Saturday, December 5, 2009

Abu Kassim Mengaku SPRM Tidak Berintegriti



Bakal Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed seperti dilaporkan berkata beliau akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Januari 2010.

"Saya akan menyusun beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan integriti 2009 di Kuala Lumpur hari ini.

Saya suka dengan kenyataan Abu Kassim ini. Saya suka apabila beliau berkata akan melakukan sesuatu bagi mengembalikan integriti SPRM. Apabila beliau menyatakan akan mengembalikan integriti SPRM, bermakna Abu Kassim mengaku SPRM di bawah Ahmad Said adalah badan yang tidak berintegriti. Oleh itu beliau perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan integriti suruhanjaya yang sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat itu.


Rakyat menanti janji  Datuk Abu Kassim. Harap Datuk tidak menjadi Ketua Pesuruhjaya sebelum ini yang dikatakan berdagu panjang tapi akal tidak panjang. Tak apalah dagu tidak panjang, Datuk, asal akal kita panjang.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.