Wednesday, December 16, 2009

Alamak...Wakil Rakyat Aku Pun Ponteng Kelas Juga??

http://jiwokelate.files.wordpress.com/2009/04/mahfuz1.jpg

Oleh: pendikar gunung kriang


Saya agak terkejut melihat senarai MP yang ponteng kelas semasa sesi Parlimen yang membincangkan Bajet 2010. Ketidakhadiran mereka menyebabkan rakyat terpaksa menelan bulat-bulat bajet temberang Najib tahun depan yang diadun dengan banyak angka-angka yang meragukan itu. Ketidakhadiran mereka  juga menyebabkan kita terpaksa terima fakta penyusutan pendapatan Petronas berjumlah RM 59 billion tanpa alasan kukuh. Ketidakhadiran mereka menyebabkan rakyat cuma terlopong melihat cukai hasil petroleum yang sepatutnya diperolehi oleh negara berkurangan sekitar 57%. Ketidak hadiran mereka menyebabkan PR terlepas peluang yang sukar muncul buat kali kedua untuk menafikan kekebalan dan keangkuhan BN. Brengsek, brengsek!!


Saya ingatkan yang tidak hadir itu ialah MP-MP muda yang ke Parlimen hanya untuk mencari sedikit pengalaman berbahas. Tapi rupanya tidak, ramai MP veteran  juga tidak hadir. Mendahului senarai ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena, MP yang tangan saya turut memangkah untuk menghantarnya ke Parlimen dalam PRU-12 dulu. Alamak, MP aku pun ponteng kelas juga!! MP yang pernah digelar MP mikrofon kerana terlalu teruja untuk buat kenyataan akhbar ini mungkin ada sebab tersendiri untuk tidak hadir. Harap-harap beliau tidak hadir bukan kerana untuk membaiki mikrofon yang salah satu wayarnya rosak? 

Jika yang tidak hadir itu Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim, kita boleh faham, kerana mereka sibuk untuk mengemudikan urusan negeri. Yang lain tak tahulah. Mungkin merek ada urusan sendiri: Taib Azamudden mungkin ada kuliah maghrib, Karpal Singh mungkin sakit kaki, Azmin Ali mungkin makan malam dengan adiknya Azwan Ali dan Nurul Izzah mungkin perlu menyusu anak kecilnya. 
Tapi apa pun alasannya, tidak bolehkah meluangkan sedikit masa untuk hadir urusan sepenting ini, urusan bajet untuk hidup mati rakyat? Kami memilih kamu ke Parlimen bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah longkang tersumbat, masalah jalan berlubang, masalah sampah tak dikutip, tapi kami juga memilih kamu untuk membela kepentingan rakyat keseluruhannya. Susah sangatkah untuk ke Parlimen dalam situasi sepenting ini? Kamu datang ke Parlimen bukan dengan biaya duit poket sendiri, setiap kehadiran akan diberi elaun yang boleh dituntut dari Urusetia Parlimen, lalu apa masalahnya?


Kami pengundi sudah tahu siapa senarai 20 MP yang tidak hadir itu. Cuma kami belum tahu apa alasan mereka tidak hadir. Sekarang kami menuntut dari Ketua Pembangkang dan general-general besar dari PAS dan DAP, apa alasan anak buah mereka tidak hadir. Jika alasannya kerana main golf atau cuma diserang sembelit  atau alasan-alasan remeh temeh lain, siaplah kamu untuk tidak lagi menjejaki Parlimen selepas PRU ke-13 nanti!!


Inilah  senarai MP yang tidak hadir itu:




Pokok Sena PAS    Mahfuz Omar

Baling PAS    Taib Azamudden Md Taib

Bagan DAP    Lim Guan Eng

Batu Kawan DAP    P. Ramasamy

Tanjong DAP    Chow Kon Yeow

Jelutong DAP    Ooi Chuan Aun

Bukit Gelugor DAP    Karpal Singh

Bayan Baru PKR    Zahrain Mohamed Hashim

Parit Buntar PAS     Mujahid Yusof Rawa

Bagan Serai PKR     Mohsin Fadzli Samsuri

Hulu Selangor PKR     Zainal Abidin Ahmad

Gombak PKR     Mohamed Azmin Ali

Hulu Langat PAS     Che Rosli Che Mat

Puchong DAP     Gobind Singh Deo *

Kapar PKR     Manikavasagam Sundaram

Pantai Dalam PKR     Nurul Izzah Anwar

Seputeh DAP    Teresa Kok Suh Sim

Bandar Tun Razak PKR    Abd Khalid Ibrahim

Sepanggar SAPP    Enchin Majimbun @ Eric

Tawau SAPP    Chua Soon Bui  
      


3 comments:

Anonymous said...

salam pendikar,
MP Pendang ada urusan di luar negara. TG Presiden telah maklum perkara ini.

saya juga marah dgn perkara yg berlaku. tetapi sudah pasti mereka ada alasan yg tersendiri. jika tanpa alasan yg kukuh sepatutnya mereka bertangungjawap selama setahun ini bersekongkol dgn bajet Najib yg menipu rakyat!

baginda® said...

hehe mungkin ada sesuatu allah nak tunjuk dekat kite.. baik di pakatan rakyat mahupun tentang keburukan Bajet Najib

pendikar gunung kriang said...

baginda,

Yang tak bestnya ada antara kita yang tak nak menjadikan sejarah sebagai guru kita. Mereka ingat peluang terbaik boleh berulang lagi....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.