Thursday, December 3, 2009

Anak Lelakiku Jadi Isteri Mat Salih

Fatine (kiri) bersama suaminya, Ian Young semasa perkahwinan mereka.

Siapa tidak sedih, jika anak atau adik lelaki atau abang yang ke luar negara akhirnya diberitakan telah berkahwin dan menjadi 'isteri ' kepada seorang Mat Salih! Itulah yang terjadi kepada keluarga warga Malaysia, Mohammed Fadzil Min bin Bahari yang mendapat tahu anak dan saudara lelaki mereka telah menjalani transeksual dari seorang lelaki menjadi wanita dan berkahwin dengan seorang lelaki British bernama Ian Young.

Hari ini Fadzil atau nama wanitanya Fatine, diberitakan oleh mStar menyatakan dia berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada 'tanggapan salah' berhubung perkahwinannya dengan  warga Britain itu. Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia, agama Islam dan bangsa Melayu.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya.






"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.

Mengapa Fadzil takut hendak pulang ke Malaysia? Negara ini ada undang-undang sama ada sivil atau syariah. Undang-undang syariah kita pula bukan digeruni sangat oleh penganut Islam. Mahkamah Syariah kita bukan seperti mahkamah di Iran, Arab Saudi atau Sudan yang berani melaksanakan hukum Allah. Mungkin Fadzil takut menjalani hukuman sebat seperti yang dijatuhkan kepada seorang wanita di Pahang, anehnya ketika mahu menjalani transeksual dia tidak memikirkan rasa  takut kepada hukum Allah. Dia juga saya percaya tidak merujuk kepada mana-mana badan agama  sama ada di negara ini atau Britain sebelum berkahwin.


Perkahwinan Fadzil hanya menjadi berita di Britain kerana permohonannya untuk tinggal di negara itu telah ditolak oleh pihak berwajib sebanyak dua kali. Jika permohonannya untuk menetap di Britain dengan 'suami'nya diluluskan oleh pihak berkuasa negara itu, kisah Fadzil tiada siapa ambil peduli. Dia akan terus tinggal bersama 'suami'nya di Britain atau sehingga akhir hayat tanpa siapa ambil kisah. 


Fadzil bukan satu-satunya rakyat Malaysia dan bukan satu-satunya orang Melayu yang dilahirkan sebagai seorang Islam yang menjalani transeksual dan berkahwin dengan orang luar. Malah ada yang telah menjalani transeksual secara diam-diam dan berita mengenainya cuma meletup selepas mereka meninggal dunia. Sehingga kini tidak siapa tahu berapa bilangan sebenar yang menjalani transeksual dan selepas itu 'berkahwin' dengan orang luar atau terus membujang dan menetap di negara ini. Kejahilan ilmu agama, penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan kurang didikan agama dari ibu bapa banyak menyumbang kepada kejadian seperti yang berlaku kepada Fadzil itu.


Berapa ramai lagi yang bakal menuruti jejak Fadzil di Malaysia ini?


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

tak silap saya, dia tidak menjalani pembedahan transeksual, tetapi mengambil pil hormon wanita sejak 17thn. dia masih mengekalkan alat kelamin lelaki nya.

pendikar gunung kriang said...

Satu info baru.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.