Sunday, December 27, 2009

Antara Tidur Pak Lah, Tidur Najib dan Tidur Drebar Bas Sani


Semuanya gara-gara tertidur!  Pak Lah tertidur menyebabkan ekonomi negara kacau bilau, pengurusan kerajaan lemah serta dipersenda dunia dan akhirnya BN tewas teruk dalam PRU ke-12 dulu. Kini Najib yang menjadi PM walaupun belum dilaporkan tertidur dalam mesyuarat, tapi polisi pemerintahannya juga macam dipimpin oleh orang tidur...orang mamai...Lihat saja proses pemulihan ekonomi yang sangat perlahan itu, lihat saja indeks jenayah dan rasuah yang kian bertambah, lihat saja bagaimana bininya Rosmah berlagak macam Rasputin ketika pemerintahan Czar Russia, lihat saja kehilangan pendapatan RM56 bilion wang Petronas, lihat saja telatah Ahli Parlimen BN yang ponteng Dewan Rakyat, lihat saja enjin jet tempur pun yang hilang. Bukti sebuah tidur yang sungguh nyenyak sehingga khazanah negara terlupus dengan begitu mudah!!

Apabila pemimpin negara pun sering tertidur, apa nak hairannya jika rakyat juga ramai yang tidur, bukan saja tidur di rumah waktu malam, tapi juga tidur ketika bertugas. Dan semalam negara dikejutkan dengan satu lagi berita tidur - pemandu bas ekspres dua tingkat Sani Express tertidur seketika sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang. Pemandu itu, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam dan selama beberapa bulan atau tahun lagi sehingga kes perbicaraanya selesai, semuanya gara-gara tertidurnya itu,

Cuma yang membezakan antara Mohd Kamil dengan Mohd Najib dan Pak Lah ialah Mohd Kamil berterus terang mengaku dia tertidur sedang dua orang lagi itu tidak pernah mengaku. Mungkin Mohd Kamil berani mengaku tertidur kerana ia orang kecil yang tidak banyak kepentingan, sedang dua orang lagi itu tidak berani mengaku mereka tertidur kerana ia telah menyebabkan begitu banyak kemusnhan terhadap negera dan rakyat.

Dan satu lagi bezanya, Mohd Kamil mungkin tidak berapa lama tagi terpaksa meringkuk dalam penjara kerana telah .menyebabkan kematian 10 penumpang dan kesengsaraan kepada 10 keluarga penumpang berkenaan, manakala Mohd Najib dan Pak Lah yang telah menimbulkan kesengsaraan kepada 27 juta rakyat Malaysia  akan terus hidup dalam dunia penuh kebahagian dan kemewahan.


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Bismilah Hir Rahman NIr Rahim
Walau apa pun Tidor Pak lah berbantal kan pulus,
begitu juga PM 1 Malaysia tidor pun berbantalkan pulus .Dua dua PM ini akan di sanjung oleh rakyat Malaysia . Dua dua PM ini tahu rakyat Malaysia suka kat PM yang kuat tidor . Disebabkan rakyat lah dua dua PM ini kuat tidor tak percaya u all tengok sahjalah rakyat malaysia mengundi nanti di PR13 . Orang Malaysia kan suka tidor tak macam orang Jepun dan Korea. hj jamaludin

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.