Tuesday, December 29, 2009

Apa Salahnya Sultan Kelantan Kahwin Lagi?

Sultan of Kelantan


Lazimnya hanya berita besar dan sensasi yang menjadi berita di muka depan akhbar. Berita status 'biasa-biasa' umumnya hanya terperosok di dalam. Ia betul dari segi strategi pemasaran kerana orang akan menjeling yang luar dulu sebelum menyelinap ke dalam.


Antara yang selalu jadi berita besar dan diletakkan di muka depan akhbar ialah berita mengenai pengumuman penting PM dan menteri, cerita politik, kisah tragedi ngeri dan kisah pelik yang kurang masuk akal. Jarang sekali cerita orang kahwin diletakkan di muka depan. Cerita artis yang popular kahwin pun seringkali diletakkan di halaman hiburan saja. 

Kalau menteri kahwin (kahwin lebih dari satu) bukan saja beritanya tiada di muka depan akhbar, tapi di muka belakang, muka dalam, muka tengah dan muka tepi pun beritanya tidak ada, walau satu dunia telah dihebahkan perkahwinan keduanya itu. Seperti ia sengaja disembunyikan, pada hal bukan satu kesalahan bagi menteri kahwin dua, tiga atau empat, kecuali dia tidak mampu.



Tapi tup-tup berita Sultan Kelantan mempunyai isteri nombor dua menjadi berita penting beberapa akhbar. Malay Mail mendedahkannya kelmarin dan hari ini Kosmo mengulang tayang berita yang sama. Wanita bernama Suhana Ahmad yang berusia 30 tahun itu dikatakan seringkali kelihatan melawat baginda di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.


Tidak apalah jika berita Sultan Kelantan itu disiarkan sekadar satu pemberitahuan kepada rakyat. Tapi anehnya mengapa bila ramai menteri yang kahwin lebih dari satu tidak disiarkan di muka depan? Apakah berita baik itu tidak layak diletakkan status sebagai satu pemberitahuan kepada rakyat? Atau berita Sultan Kelantan ada isteri kedua disensasikan untuk memburukkan imej istana Kelantan yang sebelum ini pun sudah kecoh dengan berita isteri Tengku Temenggung lari  balik ke Indonesia dan  berita pertelagahan Tengku Temenggung dengan kekandanya?


Bagi saya berita Sultan Kelantan berkahwin dua bukan berita besar. Malah jika baginda berkahwin tiga dan empat juga bukan berita besar kerana selagi mampu, ia tidak salahnya dari hukum agama. Ia cuma menjadi berita besar jika baginda berkahwin lima!


Tapi jika berita itu sengaja dibesar-besarkan, lainlah....


~ pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

Baca post pendikar gunung kriang ni saya rasa terpanggil jg utk menghantar posting.....Memang tak ada salahnya Tuanku Sultan kahwin 2,3 mahupun 4.....

selamat Pengantin Baru Tuanku dan Cik Puan Elia....

Cuma nampaknya saudara tak tau langsung isu2 yg berlaku di sebalik pengumuman ini tp saya malas nk komen secara terbuka di sini....cuma apa yg blh saya katakan pengakuan terbuka Cik Puan Elia dlm media sebenarnya dgn izin dan kehendak putera sulung sultan iaitu Pemangku Raja.....

Memang ada sbb di sebalik arahan Pemangku Raja itu.....tak perlulah saya sebut di sini cuma boleh saya katakan Pemangku Raja sgt memahami keadaan ayahandanya......

E-mail saya utk sebarang perkongsian maklumat:farhanm64@yahoo.com

銀行汽車貸款0800772999 said...

個人貸款
原車融資
汽車增貸問題
貸款
汽車貸款1天核貸完成‎
汽機車借款
貸款免費諮詢
銀行原車融資貸款
汽機車貸款

成人影城 said...

免費影片
免費裸體直播
免费性爱视频
日本a片動畫
日本a片卡通
日本美少女寫真集
性虐待影片
性感內衣秀
性感影片

色情網站 said...

做愛成人貼圖
做愛性愛姿勢
肛交做愛直播
真人百家
嘟嘟成人網站
星城online
星城娛樂
星城活動
老子有錢

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.