Monday, December 7, 2009

Gerakan Berkata BN Parti Tak Bertamadun!!

http://techno.okezone.com/images-data/content/2008/07/07/56/125373/6Y3MmImdQa.jpg

Pemuda BN tidak bertamadun dan bersedia kembali ke zaman batu!!



Parti Gerakan seperti dilaporkan oleh mStar menyatakan pihaknya tidak terlibat dalam insiden  potret Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibakar semasa demonstrasi pemuda BN di luar Bangunan DUN pada Isnin lepas.


Presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Gerakan menyerahkan kes itu kepada pihak polis dan tidak akan mencampuri siasatan polis. Beliau seterusnya berkata  membakar patung yang menyerupai ahli politik adalah budaya politik tidak bertamadun dan perbuatan pemuda BN itu bukan budaya BN yang sebenar.


Setakat ini beberapa orang telah ditahan polis untuk siasatan kes itu termasuk Ketua Pemuda MIC negeri J. Dhinagaran dan ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Manikumar. Tiada pemuda Umno yang ditahan untuk siasatan walaupun ada wajah-wajah menyerupai mereka kelihatan mengambil bahagian dalam demonstrasi itu.


Apabila big boss Gerakan itu berkata perbuatan membakar potret Lim Guan Eng itu satu perbuatan tidak bertamadun, jelaslah kata-katanya itu ditujukan kepada pemuda BN, kerana hanya mereka yang hadir dalam demonstrasi itu. Saya melihat perbuatan pemuda BN yang tidak bertamadun itu adalah kerana ingin meniru perbuatan tidak bertamadun ahli-ahli parti itu yang lebih veteran. Menteri Besar Pahang pernah menunjukkan isyarat lucah, kata-kata berbaur lucah dan makian, termasuk memanggil 'babi' pernah kedengaran di Dewan Rakyat dan minggu lepas Ketua Pembangkan DUN Pulau Pinang dari Umno menunjukkan punggung tidak sexynya di dalam Dewan. Bapa borek, anak rintik, bapa tidak bermaruah apa herannya anak tidak bertamadun?


~pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.