Friday, December 11, 2009

Apabila Malaikat Maut Menunggu Di Depan Pintu UM-BH



Kabarnya dua harian berpengaruh bahasa Melayu telah  mencatatkan penurunan jumlah edaran yang menakutkan, namun tabloid terbitan syarikat media yang sama merekodkan kenaikan, sehingga 12 peratus setahun lalu.

Seperti dilaporkan Malaysiakini, jumlah edaran Utusan Malaysia @ Utusan Meloya menurun sehingga 8 peratus kepada 181,346 nashkah, sementara Berita Harian @ Berita Hairan pula merosot 5 peratus kepada 183,187 naskhah.


Yang menariknya, akhbar tabloid di bawah syarikat yang sama mencatatkan kenaikan:  Harian Metro naik 4 peratus kepada 338,552 manakala  Kosmo mengalami kenaikan 12 %  kepada 129,663 naskhah.


Mengapa perkara ini berlaku? Saya rasa terdapat beberapa faktor yang menjejaskan pengedaran Utusan Meloya dan Berita Hairan. Sebab utama pasti kerana orang sudah jemu dan rasa meloya membaca berita dari perspektif  songsang yang dibawa oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan. Sebagai alternatif, mereka memilih blog yang membawa berita yang lebih terkini dan hangat, tanpa tapisan. 


Jika hendak membaca akhbar, mereka memilih Kosmo dan Metro. Mengapa Kosmo dan Metro? Pertama kerana harganya yang jauh lebih murah dari akhbar biasa. Kedua, kerana Kosmo dan Metro kurang sangat berita politik yang meloyakan tekak. Kalau ada pun berita politik, ia tersorok di muka dalam yang merupakan pilihan terakhir selepas membaca berita-berita sensasi lain di halaman hadapan. Yang banyak dimuatkan dalam berita Kosmo dan Metro ialah berita sensasi yang mudah difahami masyarakat: kisah kemalangan jalanraya, kisah penipuan, kisah tahyul dan separuh tahyul serta kisah-kisah artis.



Tren ini jika berterusan akan menjadikan masyarakat pembaca Melayu terbahagi kepada dua kelompok: yang mempunyai internet di rumah dan meminati politik serta isu semasa akan melayari blog, manakala yang tidak  mempunyai internet di rumah akan membaca Kosmo dan Metro.


Dan bagaimana dengan Utusan Meloya dan Berita Hairan? Bau loya kaedah kuno pemberitaan mereka bakal menyaksikan malaikat maut akan berada di pintu masuk akhbar-akhbar itu untuk merentap nyawa mereka tidak lama lagi. Kita tidak perlu tunggu 15 tahun untuk menyaksikan kematian dua akhbar pembodek itu. Paling lama cuma 10 tahun, kerana malaikat maut sedang menghampiri pintu masuk pejabat akhbar-akhbar itu! Bila kedua-dua akhbar utama Melayu itu mati, lambat laun Kosmo dan Metro turut berkubur dan akan disemadikan di sebelah batu nisan bapa-bapa mereka.



~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Tan Loo Ley said...

Elok sangat dikuburkan dengan segera kalau dibiarkan hidup bimbang nanti anak cucu kita akan terikut dengan trend atau budaya pembodek dan pemfitnah yang diamalkan oleh kedua-dua jenis akhbar ini.

Kalau boleh esok lebih baik ianya berkubur....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.