Monday, December 7, 2009

Ayam Restoran Mamak Alor Setar Haram Dimakan?

Di suatu ketika dahulu..... kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai.

Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!

Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz ........ mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula akan saman Majlis Agama....."
 

Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu" 

PGK: Artikel ini saya cilok dari: http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/. Harap-harap jika ada geng mamak terbaca artikel ini jangan terasa, kerana walaupun saya bukan ahli KIMMA atau Umno, tapi saya tidak pernah anti-mamak. Sebabnya? Kerana dalam darah saya pun ada setitik darah mamak Penang!!

1 comment:

§hå£ïµr said...

assalamualaikum..

terguris hati bila baca artikel nie.. sebab kami nie pun warga alor setar yang dok makan kat kedai juga...

Nak tanya sikit betui ke ayam yang di beli nie dari taukeh cina? kalau dibeli dari taukeh cina, apa buktinya.. fakta ??

kalau tak de bukti kita tak leh nak kianat atau menabur fitnah nak menjatuh kan perniagaan org lain.. walaupun bangsa dan agama lain. sebab bukan ini yang diajar oleh agama kita.

Kalau laa kita ader bukti,, then kita sembang. org percaya dan pahala untuk kita. kalau tak just ignore.

Sebenarnya artikel ni depetitk dari website yang merapu.. yang suka melagakan manusia sesama sendiri, website yang mengunakan perkataab lucah dah kesat. ni ke ajaran ISLAM ??

di mana jiwa kemelayuan kita?? di mana jiwa keislamam kita, sembang pasal haram halal.. p laa ushar sendiri kat website tuu.. lucah dan kesat.. time nak tulis artikel tak fikir ke haram haram.. useless website => http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/.


ok nak tanya sikit plak.. majlis agama takut kena saman ?? betui ke kita ni islam?? betui ke kita ni islam.. kadang kala kita kena ragu ngan agama kita.. fikirkan laa... yang mane lagi penting.. takut kena saman ke atau bagi warga islam bagi makan makanan haram ?? satu laa.. majlis agama control by kerajaan, kerajaan plak ader hak batalkan lesen. so maksudnya.. semua ni karut.

kesimpulannya.. ader mat yang tak puai hati ngan mamak atau restoren mamak,, may be cemburu..may be laaa sebab bangsa melayu kita ni kuat cemburu.. so kita plan nak jatuhkan org lain, sebab kita nak maju susah.. malas nak usaha... so bila kita jatuhkan org yang maju dari kita, senang kita nak maju. wahai warga malas dan cemburu, ingatlaa selalu.. sabotaj untuk jatuhkan sesuatu kaum sama dengan hantar anak bini p cari makan kot jual tubuh.. siapa yang niat jahat nie mesti dia terasa. kalau dia tak terasa makna nya memang dia bukan manusia.


ok llaaa just nak buat kesimpulan kat sini. stop comdem orang lain, kalau ader yang ragu pasal restoren mamak atau sebagainya. suruh majlis agama p ambik action. senang.

ok sampai di sini sahaja hujah saya, kalau ader yang tak puai hati leh comment..

Thanks

Khuda Hafiz

* Ingat - Kita ni warga melayu jer.. bukan islam tulen.

February 2, 2010 5:10 PM

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.