Thursday, December 24, 2009

Beranikah Juara Ketuanan Melayu Itu Tunaikan Janji??




Dato Ahmad Ismail yang baru dibebaskan Umno kerana keceluparannya menghina kaum bukan Melayu tidak perlu diperkenalkan. Ketua Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang itu terkenal kerana cuba menjuarai isu 'ketuanan Melayu', walaupun dia sendiri berketurunan India Muslim. Lelaki gempal ini juga adalah Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

Masih ingat apa janji Ahmad Ismail sebelum skuad sepaktakraw negara berlepas ke Vientiane untuk bertanding dalam Sukan SEA dulu? Ahmad dengan suara garang memberitahu, dia berjanji untuk menghadiahkan negara sekurang-kurangnya satu pingat emas. Jika skuad sepaktakraw gagal menggapai emas, dia sanggup meletak jawatan. Itu janji juara ketuanan Melayu itu.


Tapi skuad sepaktakraw hanya berjaya mendapat satu perak dan satu gangsa. Malah dengan pasukan kerdil yang baru belajar main sepaktakraw - Laos - itu pun Malaysia tewas 2-1. Sungguh memalukan!!!


Di mana hendak diletakkan muka apabila janji gagal ditunaikan? Sepaktakraw adalah sukan tradisi Melayu, tapi berlawan dengan budak-budak hingusan Laos itu pun kita kalah!

Dan juara ketuanan Melayu, beranikah hang tunaikan janji untuk letak jawatan?



~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.