Thursday, December 31, 2009

Berita Buruk: Jom Serbu Kedai Sekarang Juga!!!


Nampaknya ini antara hadiah Tahun Baru PM  paling manis untuk rakyat 1Malaysia: harga runcit gula bakal dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini! Kononnya kenaikan harga gula ini tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Ladang gula dekat Chuping pula entah apa jadi, tidak dapat membeklkan gula secukupnya, kononnyalah....


Satu segi kenaikan harga gula ada hikmahnya. Ia dapat mengurangkan penggunaan gula yang membawa pelbagai penyakit itu. Yang tidak seronoknya, ia membei kesan berganda kepada kenikan harga barangan lain lepas ini, kerana peniaga akan berkata semua barangan menggunakan gula. Lalu bukan saja teh tarik yang naik harga, tapi semua jenis kuih juga naik harga, nasi lemak naik harga, lauk pauk di kedai makan naik harga, nasi dan mi goreng naik harga, semuanya naik harga atas alasan perlu menggunakan gula, walau cuma secubit kecil yang digunakan.


Apapun, tahniah kepada Kerajaan Malaysia. Ia hadiah tahun baru 2010 yang paling manis untuk sekilo gula yang memang manis untuk rakyat 1Malaysia.


Kepada pengguna, jom kita serbu ke kedai sekarang juga untuk mendapatkan gula sebelum harganya naik tengah malam ini!


~ pendikar gunung kriang

3 comments:

siapa kita said...

Salam,

penyelesaian kemelut ummat masa kini

www.nuruliman.com.my

jeebond said...

Ladang tebu kat Chuping dah bertukar jadi ladang getah dah bro.. Lepas ni minum kopi campur susu getah la kita.. hahaha..

pendikar gunung kriang said...

jeebond,

Hanpa nak minum kopi campur susu getah minumlah. Bahagian kopi susu getah aku, aku nak hadiahkan kepada Najib dan lakinya, Rosmah, he..he...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.