Tuesday, December 8, 2009

Bila Tidak Suka, Zip Seluar Menteri Pun Depa Buka!!!


Kesian Datuk Nazri Aziz menteri di JPM itu. Gara-gara mengkritik Dr Mahathir sebagai 'bloody racist' dan menghentam Utusan Malaysia, dia diasak hebat. Hari ini, Dr Mahathir mencabar Nazri letak jawatan. Biasalah, orang tua itu, siapa lawannya pasti kena punya. Kalau Nazri bercakap begitu ketika Mahathir jadi PM, pasti malam belum berlabuh, Mahathir sudah pecat dia dulu.


Akibat keceluparannya yang dikatakan menghina mantan PM itu juga menaikkan amarah blogger-blogger pro-Umno. Ramai blogger puak itu, di samping mengecam Nazri, seperti Mahathir, mereka juga mencabar Nazri meletak jawatan.


Begitulah bila orang sudah tidak suka, macam-macam mereka sanggup kata walaupun ia rakan satu parti, menteri pula tu. Hingga diungkit-ungkit kisah Nazri yang dikatakan playboy, termasuk kisahnya dengan anak perempuan Mahathir. Aduuuh....semua kisah dalam kain dibongkar. Hingga ada yang mengaitkan kisah anak lelaki Nazri yang dikatakan tidak kurang hebatnya seperti Nazri. Dan yang lebih memalukan, ia disertakan dengan gambar-gambar anak lelaki Nazri yang sungguh mengerikan, seperti di sini...... Kesian, Nazri!!

Begitulah orang politik, bila disukai, dipuji setinggi langit, bila sudah tidak suka, cerita dalam seluar Menteri pun depa buka!!!


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

AkuKaya said...

Jangan simpan lagi dah orang macam ni sebab dia bawak banyak bala. Bala pada rakyat Malaysia selagi biarkan pemimpin maksiat berkuasa.

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.