Thursday, December 17, 2009

Celaka Punya Mat Salih!!!




Mat Salih dari Portugal tu betoi-betoi nak kena penampar ni. Nasib baik dia sekarang ni  sedang berada di Vientiene, Laos. Adakah patut Henrique Calisto, jurulatih Vietnam itu tak pandang Malaysia sebelah mata pun dalam pertarungan bolasepak malam ini. Adakah patut dia hina Malaysia dengan kata-kata ini:


"Pada perkiraan awal saya, lawan kami di final adalah Thailand dan ini pastinya sukar. Namun lawan Malaysia menyenangkan tugas kami. Sekarang waktu terbaik Vietnam mengambil alih penguasaan Thailand di rantau ini.."


Waduh-waduuh...jadi Malaysia cuma bernasib baik ke finallah, ya?  Jadi Malaysia pasukan lemah dan bukan lawan Vietnamlah?  Jadi Malaysia mudah dikalahkan, tak seperti Thailand yang sukar ditewaskan? Celaka punya Mat Salih, tak respect dengan orang lain langsung. Tak macam Mat Salih lain yang suka hipokrit, dia ni cakap terus terang. Agaknya filter di mulutnya itu dah tanggal. Kalau dia ada di depanku, pasti mulut caboinya itu dah hancoq kena bantai.


Kepada pemain Malaysia yang pasti 99.999999% tak baca blog ini, jangan hampakan negara. Jom tenyeh dan tutup mulut hebeaq Mat Salih celaka itu dengan kemenangan bergaya malam ini. Selamat berjuang!!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.