Saturday, December 19, 2009

Cerita-Cerita Jijik dan Hodoh TUDM

Ada dua cerita jijik TUDM untuk renungan anda:


1.    CERITA JIJIK 1:



Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.


(Sumber: beritaharian online)


2.     CERITA JIJIK 2:




KILAUAN pingat emas yang diraih pasukan bolasepak negara tidak dapat membuang 'badi' dan 'malang'  skuad negara, semalam.

Kerana buat kali keduanya, kumpulan pemain dan pegawai skuad itu tersangkut di lapangan terbang, kali ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane, semalam, angkara masalah teknikal yang dialami kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat penerbangan untuk membawa pulang wira-wira bola sepak negara itu.

Kumpulan pemain dan pegawai meninggalkan perkampungan sukan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan sehingga malam tadi, mereka tersadai di perkarangan lapangan terbang menunggukan penerbangan gantian yang dijadual tiba kira-kira jam 11 malam waktu tempatan.

"Penerbangan tidak dapat dilaksanakan kerana masalah teknikal. Tetapi ianya sudah diatur dengan penerbangan gantian akan tiba di sini kira-kira jam 11 malam. Urusan sudahpun dilakukan untuk pasukan ini terus menaiki penerbangan pulang."


(Sumber: beritaharian online)


PGK: TUDM, oh TUDM....Masa PM 1 Malaysia jadi Menteri Pertahanan dahulu banyak cerita jijik mengenai TUDM: rasuah pembelian pesawat, pembelian pesawat usang, pesawat jatuh dan mengorbankan penumpangnya dan lain-lain.


Itu cerita jijik dan hodoh ketika negara dalam keadaan aman. Bayangkan jika negara sedang dalam suasana perang, bolehkah kita yakin ruang udara negara ini tidak mudah dibolosi oleh pencerobohan pesawat musuh? Entah-entah bila pagi diisytiharkan perang, belum tengahari kita terpaksa angkat bendera putih selepas ruang udara kita dikuasai musuh.

Alahai TUDM.....

1 comment:

hussin said...

bapak borek, anak rintik...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.