Thursday, December 10, 2009

Dr Mahathir Pun Suka Buat Kecoh Kerana Dia India?






Bukan saja Pemuda MIC, saya rasa Pemuda PPP, Pemuda KIMMA dan Pemuda PKR pun pasti marah dengan artikel seorang pengarang kanan Utusan Malaysia @ Utusan Meloya (UM) yang tidak sensatif dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia ini. Adakah patut, Zaini Hassan, pengarang kanan UM itu melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya bertajuk  "al-kisah India Di India dan India Di Malaysia" semalam? Akibatnya, Pemuda MIC naik berang dan membuat laporan mengenai artikel itu  kepada Balai Polis Sentul hari  ini.

Baru-baru ini Nazri Aziz menteri Umno itu pun mengecam UM kerana tidak melihat BTN dari perspektif yang ramai orang lain nampak. Hari ini Pemuda MIC pula menunjukkan kemarahannya. Esok mungkin PPP, KIMMA dan PKR mengikut jejak Pemuda MIC. Malah bukan menghairankan, jika lepas ini, Dr Mahathir yang a suka buat kecoh dari dulu hingga kini pun turut menempelak UM, kerana dia pun dari keturunan India @ Mamak.


Dan bagaimana dengan Umno, pemilik Utusan Melayu yang sangat cauvinis itu - mereka sokong UM atau tidak? Saya tidak tahu Umno negeri-negeri  lain, tapi Umno Pulau Pinang  pasti juga tersinggung dengan artikel UM. Mana tidaknya, ramai ahli Umno Pulau Pinang adalah golongan Mamak yang nenek moyang mereka adalah juga dari India. Malah di Pulau Pinang, UMNO bukan bermakna United Malay National Organisation tapi ramai yang menggelarnya sebagai United Mamak National Organisation. Jadi sebagai Mamak yang masih pekat darah Indianya, saya pasti Mamak dalam Umno Pulau Pinang akan turut marah kepada UM.


Saya sangat suka jika lepas ini ada wartawan yang meminta komen Dr Mahathir mengenai artikel UM itu. Dr Mahathir ketika menjadi PM selalu buat kecoh, bukan saja dengan pemimpin-pemimpin  pembangkang Malaysia, malah dengan menteri-menterinya sendiri, termasuk Musa Hitam, Ku Li, Anwar Ibrahim dan ramai lagi. Dengan pemimpin-pemimpin luar pun dia pernah buat kecoh hingga PM Australia pernah memberi gelaran yang tidak enak didengar kepadanya. Lepas letak jawatan, Dr Mahathir masih suka buat kecoh, dia buat kecoh dengan Pak Lah yang jadi PM, dia buat kecoh dengan Anwar, dia buat kecoh dengan ramai orang dan sekarang Nazri dan Dr Mahathir sama-sama buat kecoh mengenai isu BTN. Justru, saya sangat ingin tahu, apa pandangan Dr Mahathir yang suka buat kecoh itu mengenai artikel UM yang menggelar kaum India suka buat kecoh?



Saya tidak percaya keturunan seseorang individu mencorakkan keseluruhan pelakuan mereka. Mungkin ada orang India seperti Samy Vellu dan Dr Mahathir yang suka buat kecoh, tapi saya tidak percaya ia menggambarkan keseluruhan karekter India di Malaysia. Tapi apapun dalam konteks buat kecoh ini, saya suka hendak bertanya UM: adakah Dr Mahathir suka buat kecoh kerana dalam darahnya ada 10 titik darah India?


Catatan: Saya tidak suka buat kecoh, walaupun dalam jasad saya ada setitik darah Mamak!


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Anonymous said...

haiyaa.. kecoh nye mamat ni.. hang india ke?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.