Monday, December 14, 2009

Gempar....PM Ditumbuk Hingga Patah Tulang Hidung

Image: Italy's PM Berlusconi bloodied

Di zaman ini, sangat jarang Perdana Menteri atau Presiden sesebuah negara ditumbuk dan diserang. Ini kerana kawalan keselamatan sangat ketat bagi menjamin keselamatan setiap ketua negara.

Tetapi di Milan, Italy, hari ini, seorang lelaki yang tidak pernah mempunyai rekod jenayah telah melepasi kawalan ketat pengawal, lalu mengambil tindakan nekad menyerang dan menumbuk PM Italy,  Silvio Berlusconi ketika beliau sedang menghadiri satu majlis di Milan. Tumbukan padu dari lelaki tegap berusia 42 tahun itu menyebabkan Berlusconi, 73 tahun, patah tulang hidung dan mulutnya berlumuran darah.


Berlusconi yang merupakan seorang  bilionaire itu kini sedang berhadapan dengan pelbagai skandal sex yang menimbulkan bantahan rakyat Italy yang meminta orang tua biang keladi itu segera meletak jawatan.



Membaca berita dari Milan itu, teringat saya kepada PM saya yang bernama Najib itu. Dia juga dilumuri dengan pelbagai skandal, bukan saja melibatkan wanita dan wang,  tetapi juga pembunuhan dan terbaru dikatakan minum minuman keras ketika di Thailand yang boleh dihukum sebat (jika dia bukan PM Malaysia).


Nasib baik PM kita seorang ini menjadi PM sebuah negara di mana rakyatnya terlalu melampau kesopanannya. Jika di Baghdad, mungkin selipar buruk sudah lama singgah di kepala separuh botaknya atau jika di Milan dan Rome, bibir merah Najib mungkin bertambah merah kerana ditumbuk.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.