Tuesday, December 8, 2009

Hari Ini Saya Sokong Nazri Aziz Kerana Dia Ada Teloq




Jika ada sesiapa yang pada penghematan saya bercakap benar, tidak kira sama ada dia orang BN, PR atau bukan orang mana-mana parti politik; saya akan tetap menyokong pandangan  benar mereka. Dan hari ini giliran saya untuk menyokong Datuk Seri Nazri Aziz pula. Saya menyokong Nazri bukan kerana dia menggelar mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad  sebagai rasis giler (terjemahan saya untuk ayat asalnya "bloody racist”) kerana kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan program Biro Tata Negara (BTN), tetapi keseluruhan kritikan Nazri terhadap Dr Mahathir, BTN dan Utusan Malaysia yang saya nampak banyak yang benar dan tepat.


Antara kenyataan menarik Nazri yang mengesankan saya ialah:

   - Kenyataan tentang Dr Mahathir: “Anda tetap seorang rakyat Malaysia sama ada anda menteri atau tidak. Jika kerana kamu tidak lagi jadi Perdana Menteri,  (dan) kamu mahu semua orang menyokong kamu...(lalu) kamu hanya bercakap tentang Melayu, justru saya tidak boleh menerima komennya. Bila kamu baca blognya, memang dia rasis giler (bloody racist)".


   - Kenyataan tentang Utusan Malaysia dan program BTN: "Semua orang tahu apa di dalam silabus BTN, jadi mengapa kita menyatakan ia tidak berlaku? Kamu (Utusan) mahu berbohong (tentang BTN)? Kamu (Utusan) membuatkan rakyat ketawa. Mereka ingat Malaysia cuma kepunyaan Melayu dan kerajaan cuma kerajaan orang Melayu? Adakah cuma orang Melayu yang perlu bersemangat patriotik, kaum lain tidak perlu bersemangat patriotik terhadap negara ini? (Bercakap) guna otaklah. Jika mereka (Utusan) tidak tahu apa sebenarnya, ia berbeza, tapi orang-orang (yang menentang BTN) ini pernah terlibat dalam BTN sebelum ini. Mereka adalah fasilitator dan pengarah dan mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku (di BTN). Marilah, tolong faham, ini bukan tahun 1961 atau 1970an, maklumat mudah diperolehi. Saya mahu mereka (Utusan) menghentikan sindrom nafi...."



Saya kira serangan hebat Nazri terhadap Dr Mahathir dan Utusan Malaysia ini antara yang paling pedas pernah saya dengar dari mulut seorang menteri Umno. Hari ini saya katakan saya sokong Nazri kerana sekurang-kurangnya dia masih berani membuktikan bahawa masih ada saki baki pemimpin Umno yang ada 'teloq' pada waktu-waktu tertentu  Bila esok lusa, 'teloq'nya  mungkin luruh disepak Najib, saya akan menendang Nazri balik!

Dan buat seketika, saya tidak ingin memikirkan kemungkinan kenyataan Nazri yang terkenal dengan sikap kaki bodeknya itu  ada agenda tersembunyi lain...

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.