Friday, December 4, 2009

Hisham Ooi... Kalau Nak Bodek Tu Takat Patut-Patut Dah La!!



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seperti yang dipetik oleh Bernama kelmarin berkata,TG  Nik Aziz seharusnya mengaku membuat kesilapan dengan meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada negeri itu.
Beliau berkata daripada berdolak-dalik dan cuba mempertahankan apa yang dikatakannya itu, adalah lebih baik bagi Nik Aziz mengaku salah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
"Saya tengok dia sekarang cuba berdolak-dalik. Rata-rata orang ramai kata (apa yang Nik Aziz katakan itu) memang tidak wajar, tidak layak, tidak perlu dan tidak harus diluahkan oleh seorang pemimpin ulama."

Janganlah lari dari isu pokok, Hishammuddin. Isu pokoknya ialah mengenai mungkir janji Kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan. Doa cuma medium antara manusia dan Penciptanya bagi merealisasikan janji itu. Jadi TG Nik Azizkah yang patut mengaku membuat kesilapan kerana ingin janji itu ditunaikan atau PM Najib yang patut mengaku membuat kesilapan kerana tidak mahu menunaikan janji? Cuba Hisham tanya budak tadika soalan itu: antara manusia yang ingin janji ditunaikan dan manusia satu lagi yang gagal menunaikan janji, siapa yang patut mengaku membuat kesilapan?


Hisham kata TG berdolak dalik? Ku Li telah menjelaskan siapa yang dalam isu ini berdolak dalik. Justru, sila Hisham rujuk kepada Ku Li yang pernah menerajui Petronas, siapa yang kini berdolak dalik enggan memberikan royalti - Najib dan bala tentera Umnonya atau TG Nik Aziz?


Hisham juga berkata rata-rata orang ramai kata apa yang Nik Aziz katakan mengenai isu royalti minyak itu memang tidak wajar. Rata-rata orang kata tidak wajar? Eh, Hishammuddin berkata mengenai "rata-rata orang" yang bermaksud kebanyakan orang berkata seperti itu adakah berdasarkan kajian mana-mana pihak  atau ia cuma mimpi mengarut seorang pembodek bernama Hishammuddin Tun Hussein?


Hentilah bermimpi, Hisham. Kalau nak membodek pun, patut-patut sudahlah. Jangan sampai budak Tadika pun ketawa dengan bodek kamu tu.


~ pendikar hunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.